PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA BANGI
(NO PENDAFTARAN 0484-06-SEL "14-001(9)" )

///

SEKAPUR SIREH
Daripada YM AYAHANDA CIKGU JOE :

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, selamat datang ke Halaman Rasmi "MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA" (PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA BANGI - PAPIM BANGI ).

Dengan izin Allah SWT dan nawaitu ikhlas dari Ayahanda untuk memimpin ahli-ahli jemaah kearah jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T, untuk meneruskan jihad dan perjuangan suci sunnah RasulAllah, sebagai adik beradik sepejuangan wajib ke atas kita tolong menolong , berkerjasama dan berkorban untuk kebaikan bersama, demi kebajikan dan dakwah marilah kita eratkan siratulrahim sesama kita ahli-ahli sejemaah. KEPADA AHLI JEMAAH YANG INGIN MENYUMBANG UNTUK KEBAJIKAN DAN TABUNG MAJLIS BOLEH BERHUBUNG DENGAN "Kekanda Paduka Ayong ( 012-3130248)" . Segala urusan dan kegunaan wang Tabung dan Sumbangan untuk Jemaah Sakit, masuk hospital, kematian, kemalangan, kesempitan ekonomi/hidup, berkampung, juga di gunakan untuk masjid, surau dan anak-anak yatim. sebarang kutipan duit adik-adik dari abang-abang Long atau untuk tabung Ayahanda tidak akan ada lagi kecuali dengan bersurat bertanda tangan Ayahanda sendiri,sebarang kutipan duit atas nama Ayah, Ayah tidak membenarkan Abang-Abang Long meminta wang dari adik-adik menggunakan nama Ayah. Anakanda boleh berhubung terus dengan Ayahanda atau setiausaha Ayahanda ( Abg Long Asrar (012-4694140) untuk pertanyaan. Ayahanda mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hamba-Hamba Allah S.W.T yang menyumbang atau menderma kepada Tabung Majlis Jemaah Bahtera Samudera (Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia Bangi - PAPIM BANGI ) Semoga Allah SWT memberkati dan memberi rahmat serta di murahkan rezeki kepada Hamba-Hamba Allah yang baik hati dan Dermawan.

Wassalam

( Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe )

Thursday, May 19, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XII






Tiada lagi Gua Rahsia.Peti-peti pun sudah hilang entah ke mana.Siapa yang tahu jalan ke Gua Rahsia?Kita sudah kehilangan petunjuk.

Dengar sini.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mengumpulkan semua petunjuk yang ada.Setiap petunjuk akan membuka cerita yang berbeza.Dan setiap cerita,kita boleh cantumkan misteri yang ada;kita boleh hubungkan antara satu sama lain.Di dalam siri ATBM version 1.0 ada dijelaskan tentang petunjuk seorang lelaki 'Phoenicia' yang dihormati di tempatnya,datang ke dunia sebelah sini,dan diberitakan menyunting seorang gadis misteri.Kita juga telah maklum misteri tulisan orang Kanaan ini (Phoenicia) yang punya persamaan dengan tulisan Rencong iaitu tulisan purba orang Melayu yang sempat direkodkan.Dalam ATBM version 2.0 kita tahu bahawa ciri-ciri gadis misteri ini yang punya hubungan dengan wangian dan bunga-bungaan.Dan mengapa sumber Judeo-Sumeria menggelarnya sebagai 'Keturah' (wangian,kemenyan wangi,haruman).Kita juga belajar tentang 'lubbanjawi',kemenyan wangi yang hanya boleh didapati di Nusantara.Kita juga tahu tentang legenda emas di Nusantara,sehingga raja-raja Judah dan kerajaan Vedic yang hilang berbisik-bisik tentangnya.Dalam ATBM version 3.0 kita belajar tentang sifat bangsa misteri yang berdagang dan belayar.Kita juga sedar tentang misteri kerajaan-kerajaan yang hilang di Indochina,telah menjadi legenda dan mitos oleh kaum-kaum yang terkemudian mencorakkan Indochina.Kita juga menjelajah sehingga beribu-ribu tahun ke belakang,ketika para Firaun memerintah Mesir Purba dan misteri perkataan Mesir Purba yang 'tertinggal' di dalam kosakata bahasa Melayu.Kita juga tahu bahawa Punt ialah kepulauan yang kaya dengan emas dan kemenyan wangi.Kita juga kenal siapa itu Horus,Maat Heru atau Mata Hari di dalam The Egyptian Book of The Dead.

Dalam artikel terakhir ini,kita akan belajar tentang rahsia Firaun dan Raja Perehu,kaitan di antara mereka.Siapakah Raja Perehu ini?Apakah hubungannya dengan Firaun Mesir?Kita juga akan belajar tentang siapakah Brahma dan Puteri Mayang Mengurai.Kita akan menghayati legenda cinta antara dua benua;orang Cham menyebutkan dalam legenda mereka,Kaundinya dan Soma.Orang Khmer menuliskan nama dua kekasih ini sebagai Preah Thaong dan Neang Neak sementara rekod China mencatatkan legenda ini sebagai Brahmin dan Ye Ye,'Mayang Mengurai' yang disebut-sebut dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala.Dan pembukaan rahsia tentang 'darah naga'.

Beribu-ribu tahun dahulu...menurut cerita para maulana dan fakih Nusantara,ketika Nabi Ibrahim a.s meletakkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s di kawasan tandus di bumi Mekah,baginda tidak pulang ke Tanah Kanaan tetapi telah bergerak sehingga ke Timur Jauh untuk berdakwah.Nabi Ibrahim telah singgah ke kawasan yang dinamakan Champa-Kemboja dan melamar seorang gadis misteri di sana.Gadis misteri ini tidak diketahui namanya namun orang-orang di Sumeria mahupun kota-kota Ur dan Kish memanggilnya sebagai 'wangi-wangian' atau 'kemenyan wangi' atau dalam bahasa Ibrani Kuno sebagai 'Keturah'.


Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Keturah?





















"The Tabernacle of Melati and Mala"









"...She opened her mouth to swallow The Love of the Lovers, but could not close her lips,because her lips was full of poison;the Poison of Soma...Venom of the Kings... 
There were Hills in the distance; nearby much happiness there was 

where the Poison was change by a Holy Man to the Lotus of Wisdom
 
at the peak of her heart;were the Flowers of Amity as gift for her Lover,The Patriarch..."

(page 275,Venom of The Kings,chapter 37:The Tabernacle of Melati & Mala 
-Lodgekeeper's Diary)







Sejarah itu adalah kisah kita yang lalu.Tidak kira sama ada sejarah itu adalah sejarah manis mahupun yang pahit,ia adalah jawapan kepada kewujudan kita hari ini.Jika kita tidak wujud hari ini sekalipun,orang lain akan dapat membaca sejarah kita yang dicatatkan mereka,dan mendapat jawapan mengapa kita pupus hari ini.

Kewujudan kita kerana sejarah yang panjang sebagai asbab yang menceritakan kepada kita bagaimana orang-orang sebelum kita dapat menyelamatkan diri (survive) dari kepupusan akibat perang atau penjajahan.Walaupun kita mempunyai 'penyakit keturunan' atau mungkin boleh dipanggil 'saka' iaitu HASAD DENGKI SESAMA SENDIRI,namun semangat untuk berjuang bagi meneruskan warisan Kemelayuan tetap membakar nafas perjuangan para pendekar dan pejuang bangsa.Kita sudah membaca bagaimana bangsa-bangsa hebat di benua Amerika seperti Aztek,Inca dan Maya yang mempunyai piramid-piramid dan peradaban tinggi akhirnya musnah begitu sahaja akibat sikap SUKA MENYANJUNG BANGSA LUAR DAN SIFAT MERENDAH DIRI (INFERIORITY COMPLEX) YANG KETERLALUANmenyebabkan mereka ditipu oleh conquistador Sepanyol,yang sebelum itu berasa amat kagum dengan peradaban dan kota mereka.Kita juga belajar bagaimana peradaban Assyria dan Babilon yang pupus kerana sikap suka berperang dan kejam menyebabkan bangsa-bangsa lain yang merasa tertindas menyimpan dendam untuk bertindakbalas.Peradaban di Sumeria didirikan di atas darah peperangan antara negara kota,sementara peradaban Benua Amerika didirikan di atas darah para korban di atas altar pemujaan.Peradaban China pula didirikan di atas perebutan antara etnik-etnik China yang saban waktu merebutkan kekuasaan dan menubuhkan dinasti maharaja (ini antara sebab kaum-kaum yang kalah dan lemah seperti Tai dan Dai-Viet terpaksa berundur ke selatan).Peradaban Eropah pula didirikan di atas sifat ingin tahu dan kagum dengan peradaban Arab-Islam,dan inilah pembukaan cerita kepada Rennaisance di Eropah.

Namun peradaban Kemelayuan didirikan di atas PERDAGANGAN MARITIM dan PENGEMBARAAN.Unikkan?

Para pelaut Melayu mengembara di seluruh Nusantara dan Pasifik;'The World's End' yang begitu menggerunkan dan menjadi mitos kepada para pelaut Eropah sebelum abad ke-14 (sebab itu dalam filem Pirates of The Caribbean 3, Kapten Jack Sparrow kononnya di'kunci' di dalam dunia ghaib di 'hujung dunia' dan kru The Black Pearl terpaksa mengembara sehingga ke Singapura untuk menjejak kapten mereka).Apabila berhenti pada satu-satu pulau,mereka menubuhkan penempatan dan kerajaan.Mereka tidak pula membunuh puak-puak aborigine yang tinggal di pulau-pulau itu,malah ada yang berasimilasi (berkahwin atau bergaul) dengan mereka.Sebab itu yang membunuh dan menindas para aborigine ini adalah penjajah Eropah yang datang selepas itu.FIKIRKAN BAGAIMANA ORANG ASLI,JAKUN,DAYAK dan seumpamanya masih mengekalkan tradisi dan cara hidup mereka beribu tahun sehingga ke hari ini.Jika orang Melayu adalah bangsa penjajah yang kejam,sudah tentu kaum-kaum aborigine ini sudah lama pupus.Jika kaum aborigine Amerika yang gagah perkasa seperti Aztek yang biasa berperang dan bermain dengan kepala manusia dan bau darah boleh hancur tewas di tangan penjajah Sepanyol,apatah lagi Orang Asli di Nusantara yang lemah ini,yang hanya tinggal di ran atau pondok-pondok buruk di dalam hutan berbanding 'Orang Asli' Amerika yang tinggal di dalam bangunan-bangunan batu agam yang besar-besar.Tetapi KEWUJUDAN MEREKA hari ini ADALAH BUKTI BETAPA PERADABAN MELAYU ITU BERDIRI DI ATAS PERDAGANGAN MARITIM DAN SIFAT SUKA MENGEMBARA.Tidak lebih tidak kurang.

Bangsa Melayu (The House of Jawi) terdiri daripada pelbagai sukukaum dan etnik.Kata 'Melayu' itu sendiri mengandung makna yang mendalam.Ia adalah nama lain bagi Bani Jawi yang 'homeland' nya di Nusantara (Asia Tenggara dan Pasifik Barat).Hari ini ada sesetengah orang yang keliru dengan istilah 'Melayu' ini,terutamanya di Indonesia.Ini terjadi kerana hanya Inggeris sahaja yang mengenal bangsa Nusantara ini sebagai Melayu,manakala orang Belanda masih kabur dengan penduduk di tanah jajahannya.Hasilnya ada orang yang menganggap 'Melayu' itu sukukaum sahaja dan merujuk kepada sukukaum Melayu ini kepada orang Melayu di Malaysia.Jadi apabila ada kaum-kaum yang seiras dengan ciri-ciri Melayu Malaysia,maka dikatakan ia adalah sukukaum Melayu di antara kaum-kaum di Indonesia.Ini juga membawa erti bahawa Malaysia adalah 'homeland' sukukaum Melayu ini.Ini adalah salah sama sekali kerana jika mahu 'fight' di dalam kronologi sejarah sekalipun bersandarkan kepada Teori Sukukaum Melayu' maka seluruh Indonesia itu adalah hak Malaysia (jika mereka mengatakan Melayu itu Malaysia,Malaysia itu Melayu) kerana Empayar Melayu Srivijaya pernah menakluk seluruh Nusantara.Pusat pemerintahan empayar ini terdapat di Kelantan,Kedah Tua,Sumatera (Palembang,Jambi) dan Jawa.Ini adalah empayar bangsa Nusantara yang universal.Orang-orang Jawa,Sunda,Mendailing,Minang dan seumpamanya bila bercampur dengan 'Melayu' ini akan menjadi Melayu walaupun mereka masih berbahasa loghat masing-masing.Anak-anak mereka akan memanggil diri mereka sebagai ORANG MELAYU dan seterusnya menyebutkan keturunan mereka,misalnya,"Saya orang Melayu berketurunan Banjar,saya orang Melayu keturunan Pakistan dan Jawa,saya orang Melayu keturunan Bugis"...dan seterusnya.Uniknya,tiada siapa pun yang memaksa mereka menjadi 'Melayu'.Ini bukan kes Raja Thai mahu 'menThaikan' orang Melayu,Cina dan India,ini bukan dasar penghapusan etnik atau seumpamanya...tetapi INI ADALAH LUMRAH SEMULAJADI BANI JAWI.Mereka menjadi Melayu kerana memang mereka adalah Melayu.

Ada juga pihak yang 'terlebih pandai' mengatakan Melayu itu adalah nama bahasa bukan bangsa.Bagaimana orang Nusantara boleh terlampau bijak boleh mencipta satu bahasa yang mempunyai nama lain dari nama bangsa yang menuturkannya.Nama Melayu bukan hanya ditemukan pada istilah 'BAHASA MELAYU' tetapi dijumpai pada perkara-perkara yang lain.Nama MELAYU itu dijadikan nama sungai,nama kerajaan dan wilayah,malah seluruh nusantara ini dinamakan Malayadvipa di dalam antara karya sastera paling agung dan dihormati di India iaitu Ramayana!Malayadvipa bermaksud'PULAU-PULAU MELAYU'.Bahasa Melayu bukan seperti bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa saduran dari bahasa Avestan dan buktinya kini bahasa itu semakin mengalami kepupusan.Bahasa Sanskrit dibawa oleh puak Aryan ke Benua India sekaligus dengan ajaran-ajaran Veda.Jadi Sanskrit adalah bahasa bagi ajaran Veda sebagaimana Arab adalah bahasa bagi mengungkapkan ajaran Islam.Namun Sanskrit bukan bahasa asal Benua India.Ia adalah bahasa puak Aryan dari Asia Tengah.Ini berlainan pula dengan bahasa Melayu.BAHASA MELAYU ADALAH INDUK BAGI SEMUA LOGHAT ETNIK-ETNIK NUSANTARA.Sebab itu Bahasa Melayu dijadikan antara isi dalam Sumpah Pemuda ketika pembinaan negara Indonesia.

Bayangkan seluruh pemimpin di Indonesia tidak kira Jawa,Sunda,Aceh dan lain-lain bersetuju menjadikan BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN SELURUH INDONESIA!Bukan bahasa Jawa,bukan bahasa Sunda,bukan bahasa Aceh apatah lagi bahasa Siam Ayutthaya.

Rumpun Melayu di Indonesia boleh berkokok dengan 'bangsa Indonesia' mereka yang merupakan khayalan Belanda yang menyangka rumpun Melayu di pulau-pulau Indonesia adalah bangsa Keindiaan (prefix Indo- adalah bermaksud India atau ciri-cirinya) namun anehnya apabila mengharap sesuap nasi di Malaysia dan seterusnya pasrah menetap di Malaysia,lama-kelamaan mereka ini mula mengaku Melayu,dan anak-anak mereka yang sudah mendapat kad pengenalan biru dan bersekolah di sini menganggap diri mereka adalah Melayu BUKAN BANGSA KHAYALAN BERNAMA INDO-NESIA.

Selagi lagi,tiada siapa yang menekan mereka supaya mengaku Melayu.Kerajaan Malaysia tidak memaksa rumpun Nusantara dari Indonesia ini menjadi Melayu di Malaysia.Mereka tidak diseksa,diperangi,dipenjara atau didiskriminasi untuk menjadikan mereka sebagai Melayu.Nama mereka yang asalnya keJawaan atau keSundaan atau keMinangan tidak pula dipaksa untuk diMelayukan.TETAPI MEREKA MENJADI MELAYU SECARA MISTIK DAN TANPA DISEDARI DI BUMI SEMENANJUNG EMAS INI!
Apabila anak-anak mereka membesar di kalangan orang Melayu di sini tiba-tiba menjadi lebih Melayu dari dirinya dan mendapati budaya dan bahasa orang Melayu di sini punya persamaan yang erat dengan budaya mereka,saudara-saudara kita dari Indonesia ini seolah-olah tersedar dari mimpi yang sekian lama direka oleh penjajah Belanda dan ketika itu barulah mereka sedar bahawa 'Indonesia' hanyalah sekadar nama negara sahaja namun merekalah bangsa Melayu Nusantara yang berpijak di Timur Jauh!

Dan inilah yang membezakan antara bumiputra dengan kaum-kaum bukan bumiputra seperti Cina dan India.Ini kerana etnik-etnik Melayu ini walau di mana sahaja APABILA BERPIJAK DI 'TANDUK SEMENANJUNG EMAS' akan kembali kepada asal-usul mereka sebagai MELAYU.Aneh bukan?

Mereka akan mengamalkan adat Melayu,berbahasa Melayu (disamping loghat kaum masing-masing) dan beragama Islam.Ini berbeza dengan kaum Cina dan India yang masih berdegil dengan budaya masing-masing malah apabila diberi peluang memerintah mahu pula menghapuskan warisan Melayu secara gelojoh (seperti DAP).Pemimpin mereka berkokok bertanyakan mengapa setelah lebih 50 tahun merdeka,mereka masih tidak mendapat status bumiputra.Bagaimanakah orang-orang Melayu mahu memberi status bumiputra kepada mereka PADAHAL SIKAP DAN MENTALITI MEREKA SEPERTI PENJAJAH YANG MAHU MENJARAH BUMI DAN WARISAN ORANG-ORANG BUMIPUTRA?Contohilah kaum Baba dan Nyonya yang pandai berasimilasi dengan budaya orang-orang Melayu tanpa meninggalkan 'kecinaan' mereka.Ini tidak,masih berdegil mahu membawa budaya Komunis ala Chin Peng dan Mao Ze Dong walau sudah lama menghirup udara Malaysia.Setiap hari dihabiskan untuk berfikir apakah lagi isu sensitif yang boleh dibangkitkan bagi menyakitkan hati orang-orang Melayu.

Pemimpin mereka berkokok sehingga habis suara,mengapa orang-orang seperti Khir Toyo (keturunan Jawa),Najib (perdana menteri Malaysia,berketurunan Bugis) dan seumpamanya boleh diiktiraf sebagai bumiputra padahal ada keturunan mereka yang baru sahaja berhijrah ke Tanah Melayu.INI ADALAH SOALAN BODOH BERSIFAT RASIS-KOMUNIS YANG KURANG BERPELAJARAN.Orang Melayu adalah salah satu komposisi Bumiputra termasuk Orang Asli dan Bumiputra Sabah dan Sarawak.Orang Melayu terdiri daripada pelbagai etnik dengan berbagai-bagai pula loghat daerah,yang ini jika dikaji dalam aspek linguistik adalah dalam kelompok Malayo-Polynesia.Ini berbeza dengan orang-orang Cina yang terkelompok dalam kelompok Sino-Tibetan.Sebelum era penjajahan,penduduk Nusantara bebas ke sana ke mari sama ada di tanah semenanjung mahupun pulau-pulau Melayu (Indonesia).Orang Kedah membuat penempatan di Sumatera,orang Jawa membuka kampung di Selangor.Orang Bugis membina hidup baru di Johor,orang Patani dan Champa berhijrah ke Aceh dan Borneo...ini adalah lumrah dalam Alam Melayu Nusantara.Nusantara adalah 'negara' mereka.Tanah tumpah darah mereka.Siapa sahaja diantara etnik-etnik Melayu ini yang naik memerintah sama ada Tunku Abdul Rahman (keturunan Melayu Siam),Tun Abdul Razak (keturunan Melayu Bugis),Tun Hussein Onn (keturunan Johor-Turki),Tun Mahathir Mohamad (keturunan Melayu-India Muslim) dan kini Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (keturunan Melayu Bugis),mereka tetap menghormati budaya tradisi kaum-kaum Bumiputra dan kepercayaan mereka.





Ini berlainan dengan pemerintah Chaivinis-Rasis-Komunis yang dengan gelojoh mahu menghapuskan budaya dan agama kaum bumiputra khasnya ORANG MELAYU-ISLAM.Tulisan Jawi mahu dipadam,azan diperlekeh,perarakan Maulidur Rasul dibatalkan,gerai-gerai orang Melayu diruntuhkan dan lagi...lagi dan lagi.Dan ini akan berterusan jika kita masih bermurah hati memberikan semua hak kita kepada bangsa komunis (bukan semua orang Cina tetapi orang Cina yang menganut faham Rasis-Komunis) maka tunggulah saat kepupusan kita kerana KEBODOHAN KITA MEWARISI TABIAT PAK KADUK MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.Perhatikan gelagat orang-orang Melayu yang terkinja-kinja bersorak seperti monyet dan beruk ketika berdemonstrasi atau ketika pilihanraya.Habis sesuatu isu atau pilihanraya,yang untung adalah bangsa asing.





Tiada di antara etnik-etnik Melayu ini yang berusaha mengaku merekalah etnik terhebat dan menjadi akar kepada bangsa Melayu.Tiada pula etnik Boyan mengaku merekalah asal-usul Melayu dan sebenarnya orang Nusantara adalah "rumpun Boyanlah".Atau orang Mendailing mengatakan raja-raja Melayu sebenarnya beradatkan raja-raja Mendailing atau raja Batak.Etnik Jawa yang pernah membina kerajaan yang hebat itu juga tidak pula berusaha 'menjawakan' seluruh Nusantara.Tambahan pula,tiada di antara mereka yang mendakwa Inggerislah yang me'Melayu'kan orang Nusantara atau Malaysia.Rumpun Nusantara di sebelah Indonesia hanya menganggap Malaysia adalah agenda British namun bukan mengatakan Melayu itu agenda British,kerana sejarahwan mereka tahu betapa bersejarah dan agungnya nama 'Mala-yu' itu.Ini kerana kerajaan yang dirujuk sebagai 'Melayu' atau menggunakan nama Melayu seperti Empayar Srivijaya,Kerajaan Malayu dan Kerajaan Dharmasraya adalah SEBAHAGIAN DARI SEJARAH INDONESIA!

Ini berlainan pula dengan sesetengah orang yang mendakwa 'rumpun' dialah yang merupakan asal-usul orang Melayu malah mengatakan bahawa nama 'Melayu' itu adalah ciptaan Inggeris!Ini amat melucukan kerana nama 'Melayu' ini benar-benar ada dalam rekod China dan India purbakala (ini belum lagi rekod Eropah,Arab dan tamadun-tamadun lain),manakala nama 'Siam' itu hanya wujud dalam kitab-kitab kuning bertulisan Jawi dan berbahasa Melayu.Dalam hal ini sudah tentu bukan sahaja sejarahwan Malaysia malah Indonesia juga berlepas tangan dari cerita sejarah ditahap komik Naruto yang cuba diketengahkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.Malahan sejarahwan Thai yang pening dengan cerita fantasi Ramkhamhaeng juga menepuk dahi setelah mendengar komik manga dari 'bangsa Harimau' yang lebih kurang sama dengan utopia Sukhothai dan batu bersurat Ramkhamhaeng.

Begitu senang orang dijadikan bangsa lain hanya dengan mendengar cerita-ceriti yang diselitkan beberapa fakta sejarah yang diubahsuai.Jika bukan tema 'Siam' pun,jika ada pihak yang mendakwa dahulu semenanjung ini milik kerajaan Planet Zargus misalnya,siap ada kitab bernama 'Undang-undang Zargus' (UUZ) dan mendakwa dahulu penduduk Nusantara adalah rumpun Zargus,sudah tentu ada orang Melayu yang merasakan dirinya adalah dari rumpun Zargus akibat cetek dalam ilmu sejarah bangsanya.Ini adalah orang yang tiada jatidiri dan identiti.Cepat goyang apabila ditunjal.Belum berpencak sudah mengalah.Ini bukan keturunan pendekar atau bangsa Harimau.Dia mungkin berasal dari The Planet of The Apes.Oleh itu penting untuk memiliki 'intuisi' Kemelayuan sendiri jika tidak mahu ditukar kepada bangsa lain secara mendadak,tidak kira bertukar menjadi Siam,Thai,Filipino,Cina,India atau menjadi 'Mat Salleh' (kerap terjadi di kalangan Elit Melayu dan ahli korporat Melayu).Atau sekurang-kurangnya anda boleh "Bertukar!" menjadi Gaban.

Oleh itu teramatlah penting bagi kita untuk mempelajari warisan bangsa kita,meneliti prasasti-prasasti,manuskrip dan tinggalan nenek moyang kita dan memahami bahawa Melayu itu tiada sempadan negara.Alam Melayu adalah katakuncinya bagi kita untuk mengelakkan secara tidak sedar bertukar menjadi pencacai kepada sejarah orang lain atau kepada sejarah fantasi orang lain.




Legenda Kaundinya dan Soma





Di dalam ATBM VIII "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di Indochina dan pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di kiri dan sehingga negeri-negeri Melayu utara semenanjung.Tidak diketahui sejak bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod China seawal 1 Masehi lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar sejauh Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan' (Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah orang China di masa itu.Orang Khmer menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud 'gunung' dalam bahasa Melayu Standard di mana ia adalah perubahan beribu tahun dari kata asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran dari kata 'penan' yang bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum Penan yang dikategorikan sebagai Dayak darat manakala Iban sebagai Dayak laut).

Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer dan Melayu ini adalah kerana pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai hubungan erat di Indochina.'Gunung' adalah salah satu katakunci tabut rahsia Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer mempunyai hubungan terahsia dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak teori yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer dan orang Khmer sendiri bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah pewaris Funan padahal mengapa Jayavarman II diberitakan 'baru pulang dari Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer itu tidak dapat disorok kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang Jayavarman II yang dijumpai setakat ini.

Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau Malayo-Polynesian?

Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada pun prasasti Khmer yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya sumber China yang mula-mula menyedarkan kita tentang kewujudan Funan ini.

Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu legenda tentang 'orang suci' yang datang ke Kemboja dan mengahwini puteri tempatan.Seorang pegawai China bernama Rang Tai telah tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari kisah tentang Brahmin yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada versi lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada bahasa Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat kelapa/tumbuhan yang panjang' atau dalam istilah hikayat Melayunya'MAYANG MENGURAI'.Jadi dari sini kita tahu nama gelaran puteri ini iaitu Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang panjang bak mayang mengurai.


Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye cuba menyerang perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut lalu kehandalan Brahmin itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan dikatakan warisan dari keturunan mereka melahirkan raja-raja Funan.Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua watak utama dalam legenda ini yang dikongsi oleh orang Cham dan Mon-Khmer.

Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang dari negeri luar.Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi raja atau pemimpin negeri.

Jika kita faham plot legenda ini betul-betul,kita akan dapat melihat kod-kod rahsia di hampir semua legenda Melayu Purba;juga menggunakan plot cerita yang sama!

Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu bersurat yang bertarikh 657 Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah My Son di Vietnam ada mencatatkan legenda Brahmin dan Ye Ye ini di mana mereka dikenali sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak menyatakan nama sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak perempuan kepada Soma' di mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.

Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang sama namun lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di kalangan masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong dan Ye Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer telah mendominasi Kemboja pada hari ini dan berkuasa menuliskan sejarah mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden lebih cenderung menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat sebenarnya bukan sahaja para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat juga pada hari ini masih berdebat tentang siapakah orang Funan ini.Ini kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan ini masih samar-samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall cenderung mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu sebagaimana orang Cham.Tetapi ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang mengatakan Funan adalah Khmer.

*Lihat kostum orang Mon ini yang bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain songket seperti lagak seorang srikandi Melayu.


Mari kita lihat siapakah yang lebih mempunyai 'autoriti' dengan warisan Funan berdasarkan apa yang mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai cerita rakyat sahaja,namun orang Cham punya prasasti bertulis tentang legenda ini!Kini dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita orang suci dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada dalam prasasti Cham;di mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa pemerintah-pemerintah mereka adalah berasal dari Sri Kaundinya dan anak perempuan Soma.Mengapa inskripsi itu hanya menurut motif cerita dalam rekod orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang Cham kerana bijak dan rajin menuliskan rekod-rekod.Sebab itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!

*Kompleks My Son di Vietnam


Nasib baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya di Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan dengan ini mereka lebih selesa mendakwa Funan benar-benar orang Khmer.

Legenda ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara oleh kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian mereka menjadi rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat Vietnam maka legenda ini semakin dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita ke sana sini tentang legenda cinta Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan cerita PENTING ini.Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam telah menjumpai prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang merupakan tapak purbakala orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita ini lebih awal dari versi orang Khmer?

INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.

Kerajaan Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang Champa lah yang mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana peperangan di antara Cham dan Khmer yang diukir oleh pengukir Khmer sendiri di Bayon.

*Relief di Bayon menunjukkan askar Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur dengan askar Khmer


Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket perang dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai kain selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak berbaju dan seolah-olah memakai cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada orang Melayu memikirkan bangsanya dahulu adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka dengan begitu hebat dan maju?Dan mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya begitu rendah dan menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa melihat gambaran Orang Melayu Patani yang memiliki pistol,meriam dan istinggar oleh pembuat filem Thailand (rujuk filem Queen of Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13 MASEHI!!

Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.

Sebab itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari membina Angkor Thom di tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat masih terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di mana-mana sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA?

Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil oleh orang Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor Wat bermakna SAMA SAHAJA DENGAN MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN.

Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu yang bijak...kalaulah Dai-Viet tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini andalah model Kemelayuan yang agung.


*Pakaian orang Mon.Orang Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok bahasa mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian mencedok budaya orang Mon dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu 'Srivichai'

Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja yang asalnya ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah serangan ketenteraan namun lebih cenderung kepada teknikal sosial dan politik,di mana raja Chenla telah berkahwin dengan puteri Funan dan sekaligus seluruh Funan di bawah pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian perdagangan antara Empayar Rom,India dan China.

Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkajiADALAH KERAJAAN ORANG KHMER.

Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka menyimpulkan bahawa budaya Funan adalah 'campuran kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon dan Malayu adalah kerajaan purba orang Melayu Nusantara yang dikesan ciri-cirinya muncul di sekitar utara semenanjung dan Sumatera.

Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-raja mereka adalah warisan Funan;INI MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN DARAH FUNAN menghasilkan warisan pemerintahan rakyat Kemboja pada hari ini.

Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari orang Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita sebenar tentang saudara mereka ini.Mereka pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika Funan menjadi empayar,Champa tetap selesa menduduki pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan ada dalam manuskrip Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno iaitu di My Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks kuil,istana dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan Sulatus Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu bersurat yang mencatatkan legenda Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di tempat suci (sacred or holy place) Champa?ADA RAHSIA DI SINI.

Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para pengkaji bersepakat menyimpulkan bahawa kerajaan Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum Funan ini ke dalam budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan bahawa Funan itu adalah sekelompok dengan Cham atau Malayo-Polynesian atau ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang selesa dan perlu dielakkan dalam penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban Funan adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh dipastikan sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari ini masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah benar-benar kerajaan orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada.TIADA PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.

YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKENANG.





Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia



Siapakah orang suci itu?Dalam teks tertua yang menceritakan legenda orang suci yang berkahwin dengan puteri tempatan ini,menyatakan nama orang suci ini adalah BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa Sanskrit.Variasi nama ini menjadi 'Brahmin' iaitu telah diterjemahkan sebagai golongan pendeta Vedic.Brahma adalah tatabahasa Sanskrit yang diadaptasi dari struktur bahasa Aryan Purba.Kata 'Brahma' berasal dari kata 'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit huruf 'a' dihadapan telah dipindahkan ke hujung perkataan.Jadi kata asalnya kemungkinan besar adalah 'Abrahama' namun loghat Sanskrit menyebutkan kata ini dengan menghilangkan 'a' dipangkal kata dan lama kelamaan meringkaskan kata 'Brahama' ini menjadi 'Brahma'.

(Ingat,Sanskrit adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European sekelas dengan bahasa Inggeris,jadi Abraham,Abrahama dan Brahma adalah struktur yang saling berkait.Ini berlainan dengan bahasa Semitik seperti Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya Arab menyebutnya sebagai 'Ibrahim',perhatikan sebutan pada pangkal kata 'i' berbeza dengan 'a' yang dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu 'keturunan' dengan bahasa Aryan dan Sanskrit)

Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.

Anda nampak rahsia ini?

Sampai di sini,jika kita telah ada 'visi' sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita akan mengenal siapakah moyang kita ini,walaupun cuba menyorok dalam pelbagai legenda dan nama.Hanya mereka yang punya 'darah naga' sahaja akan menyelinap intuisi yang menyentap.

Hanya yang benar-benar mengalir 'darah naga' di dalam pembuluh darahnya sahaja akan dapat menghidu misteri susurgalurnya yang sebenar.

Yang tidak mempunyainya walaupun mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,bangsa Harimau,bangsa Singa mahupun bangsa Monyet dan Beruk...akan terkeliru dan menjadi pencacai kepada sejarah orang lain yang sama ada yang fantasi atau realiti.Tidak sampai seminit seluruh nama bangsa dan jatidirinya menjadi sakibaki dan sisa kekotoran sejarah orang lain yang bukan pun dari rumpunnya.

Namun orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak perlu mengaku sama sekali sama ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan di atas.Mereka adalah dari bangsa Manusia yang punya jatidiri dan identiti sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari Yunnan...bukan dan bukan.Berfikirlah 10 kali sebelum mengaku anda berasal dari Yunnan kerana sejarah anda tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar berdarah Melayu.Tai,Viet,Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik dipengaruhi budaya dan gaya Sino-Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin,TETAPI BUKAN BAHASA MELAYU YANG MISTERI INI.Sebab itu pakar bahasa mengelaskan bahasa Melayu menjadi satu kelas dunia yang tersendiri.Bahasa Melayu adalah salah satu kelas bahasa utama dunia iaitu istilah saintifiknya sebagai MALAYO-POLYNESIAN.Kini ia disebut sebagai Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil bahasa Formosan rupa-rupanya termasuk dalam laras bahasa Melayu!Adakah orang Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke Taiwan?SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE JEPUN!!

Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik telah dikaji oleh para penyelidik Jepun dan Barat dan mereka mendapati terdapat beberapa perkataan mereka yang sama dengan bahasa Melayu seperti 'mata' dan 'batu'.Dan ingat sebelum migrasi bangsa Yamato (bangsa asas Nippon atau Jepun moden pada hari ini) ke pulau-pulau Jepun,para penyelidik sudah dapat 'menghidu' gaya budaya bangsa asal kepulauan Jepun yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian.

Satu daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini amat misteri kewujudannya.Sebelum ini ramai pengkaji menyangka mereka adalah dari keturunan Eropah,namun kajian genetik mendapati mereka mempunyai kaitan dengan puak-puak Eskimo dan Alaska.Dan jika mengkaji tentang orang Eskimo,hanya dua bangsa di dunia ini diketahui mempunyai 'penyakit' genetik LATAH,iaitu Melayu dan Eskimo!

Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babilon,ke India,Sri Lanka hingga ke Taiwan dan mencapai Jepun.Dari sini ke pulau-pulau Pasifik sejauh Hawaii dan mencapai pantai Amerika (?).Sebab itu anak kapal Magellan terpaksa 'memaksa' Hitam a.k.a Enrique menjadi kapten mereka supaya membawa mereka pulang ke Sepanyol.Jika Hitam tidak bersetuju,sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih tersadai ini turut dibunuh oleh Humabon dan Lapu-Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian Filipina yang tengah mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah membunuh Magellan.Hitam telah memandu kapal-kapal Magellan pulang ke Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua Amerika.Begitu indahnya masa silam orang Melayu.Begitu gigih mereka pada ketika itu.Jauh perjalanan luas pemandangan.Moyang kita rupanya minat mengembara dan belayar.Ombak laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu yang melukiskan pahit manis sejarah kehidupan mereka.

'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja sahaja.Darah ULAR BESAR atau NAGA ini tercantum dalam peribahasa lama Melayu,"Tidakkan hilang bisa ular yang menyusur akar".

Orang yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya walaupun merentasi waktu beribu tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba berubah menjadi Siam,Cina atau kaum lain secara tiba-tiba,kecuali menjadi seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya oleh orang lain yang ada agenda sendiri.Mereka yang tidak punya kesedaran identiti ini akan hilang bisa Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-Islam,Siam Perut Hijau,Cina Yunnan,Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi 'Mat Salleh'.

Berbalik kepada kisah orang suci tadi,kita tahu sebahagian rahsia dia.Kita tahu kisah cintanya.Tidak perlu malu dan segan dengan anak cucu.Anak cucu akan korek rahsia moyang habis-habisan!

Mari kita siasat.Dalam hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin,ada diceritakan tentang keturunan raja-raja Melayu yang berasal dari Sang Sapurba,satu watak agung dalam sejarah Melayu yang berasal dari kisah tiga orang putera luar yang bertemu dengan dua orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan Wan Malini.Dua putera raja itu akhirnya berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan Malini manakala yang bongsu yang bernama Nila Utama yang bergelar Sang Sapurba (versi A.Samad Ahmad mengatakan Nila Pahlawan bergelar Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu anak kepada Demang Lebar Daun,penguasa tempatan.Kita tinggalkan pihak di sebelah Demang Lebar Daun,Wan Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari (perhatikan pangkal nama Wan ini telah digunakan di Sumatera,kaji kaitannya dengan keturunan Wan di Perak dan Kelantan hari ini).Ini adalah keturunan Nusantara asli.Yang ingin kita sentuh ialah 'raja-raja' luar itu.

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini,mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita,Nila Pahlawan dan Nila Utama itu.Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:

"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri.Bahwa kami ini bangsa manusia;asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain,nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil,raja masyrik dan maghrib,dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."


Jika kita selidiki,Zulkarnain adalah gelaran kepada kepada Raja Cyrus The Great dan ada yang merujuk kepada Alexander The Great.Dalam Sulatus Salatin diceritakan Raja Iskandar telah menakluk Raja Kinda Hindi.Dalam sejarah penaklukan Alexander The Great,kita tahu bahawa raja itu pernah menyerang utara India.Namun Cyrus The Great juga pernah menawan wilayah India seperti Gandhara (di Pakistan kini).Raja Nursyirwan Adil kemungkinan raja-raja Parsi.Salah seorang anak raja Suran dirajakan di Amdan Nagara dan ini merupakan nama Melayu kepada Hamadan di Iran kini.

Raja Suran adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.Raja Suran ini seringkali disamakan dengan Raja Chola yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.Raja Zulkarnain ini pula dikatakan berbangsa Rum dari negeri Makaduniah (Makaduniya adalah Macedon di Greek sekarang).Terdapat kepincangan maklumat dari segi kronologi sejarah dan genetik di sini.Dan ini membuka tembelang sebenar para penyelenggara teks-teks Sulalatus Salatin yang terdiri dari para orientalis Inggeris.

Jadi adakah Raja Chola ini berketurunan dari Alexander The Great?Ini adalah amat menghairankan dan setengah melucukan kerana kita tahu Raja Rajendra Chola adalah dari dinasti pemerintah selatan India.Chola adalah dari puak Dravidian.Pengaruh Hellenestik atau Seleucid dari Empayar Alexander ini tidak sampai sejauh selatan India.Pengaruhnya cuma negeri-negeri utara India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu ada pula nama Raja Sulaiman alahissalam.Ini sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang juga Raja Israel Raya (961-922 Sebelum Masehi) yang mewarisi penyatuan Israel dan Judah oleh bapanya Daud a.s.Sulaiman a.s adalah anak kepada Daud a.s dan Bathsheba.Mereka adalah keturunan Bani Israel.

Jadi bagaimana ini?Nampaknya Sang Sapurba ini punya darah campuran Hindi,Greek,Parsi dan Yahudi (bani Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu meneliti semua petunjuk ini satu persatu.Jangan pula jadi sesetengah pihak yang mendakwa Zulkarnain itu berbangsa Siam dari Xian di China pula.Siam adalah etnik baru wujud sebagaimana Tai ketika migrasi mereka ke Indochina.Terma 'Siam' ini dipopularkan oleh kerajaan Ayutthaya.Sebelum kewujudan Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.Siam adalah Ayutthaya,Ayutthaya adalah Siam.Siam adalah istilah sosio-politik kepada Ayutthaya dan negeri-negeri naungannya.Siam juga lebih kepada nama dinasti Ayutthaya,sebab itu dinasti yang merampas Ayutthaya membuang nama Siam ini dan menggantikan kepada Thai sebagai contoh 'Thailand'.Jangan terperangkap dengan dalih bahawa sejarah kita kononnya khayalan dan terpaksa menerima sejarah orang lain yang juga rupanya sengaja direka-reka malah bertahap superkhayalan.KITA KENA BERHENTI SEJENAK DAN KAJI DAHULU.FIKIR DAHULU.Jangan gelojoh terburu-buru menjadi pencacai sejarah orang lain.

Sulalatus Salatin telah disunting oleh orientalis seperti Shallabear,Winsted,Dulaurier dan Maxwell.Tidak dinafikan mereka telah 'menambahbaik' kitab purba orang Melayu ini.Antara penambahbaikan mereka ialah kata 'Makaduniah'.Ini terjadi ketika proses suntingan, mereka menyangka Raja Zulkarnain yang menyerang India itu mungkin Alexander The Great dari Macedon.Jadi dinyatakan Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah.Walhal Cyrus The Great pernah menyerang sehingga ke Gandhara dan dari sini mereka menyebarkan budaya,bahasa dan tulisan Aryan seperti Brahmi dan kesusasteraan Sanskrit ke Benua India (Sulalatus Salatin menyebutnya sebagai Benua Keling).Ada istilah 'Rum' dalam kitab ini.Sebenarnya orang Melayu dahulukala menyebutkan sama ada budaya keParsian,Hellenistik (Greek) atau budaya Empayar Rom sebagai 'RUM' sahaja.Jadi kita boleh buang 'Greek' dari senarai keturunan campuran Sang Sapurba.Tinggal Parsi,Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi adalah petunjuk kepada budaya Vedic.Ingat,dalam ATBM II,kita telah belajar tentang kaitan nama Mala-Yu dengan budaya Avestan-Vedic.Suffix -Yu adalah tambahan bagi kesusasteraan Avestan-Assyria kepada cara berfikir atau jenis budaya.Bangsa Media (Ingat kisah Nabi Syuaib dan kaum Madyan?),salah satu bangsa asas bangsa Iran telah digelar sebagai 'Mada-Yu' dalam kesusasteraan Avestan-Assyria dari kata asal 'Mada'.Perkataan 'Mala' itu sendiri ada dalam kosakata bahasa Ibrani (Ancient Hebrew)!Dalam Ibrani,'Mala' bermaksud 'memenuhi','menyelesaikan' atau 'mengabulkan'.Bukan itu sahaja,terdapat Mala lelaki (Male of Mala) dan Mala perempuan (female of Mala).Jantina perempuan bagi Mala dinamakan Malayah (Meleah) dalam Ibrani Kuno!

Mari kita susun kembali semua 'puzzle' ini!

Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang datang ke Nusantara dan mengahwini Wan Sendari,anak Demang Lebar Daun.

1-Hindi

2-Parsi

3-Bani Israel


Hindi dan Parsi adalah katakunci kepada budaya Vedic di mana terdapat ajaran Veda dan Avesta.Bahasa Sanskrit (bahasa suci ajaran Veda) adalah saduran dari bahasa Avesta dan Agatha (ajaran Zoroester Aryan).Ajaran Veda ini mengandungi tinggalan agama Ibrahim (Ingat,agama berhala Hindu amat jauh dan berbeza dari makna-makna tersirat dalam ajaran Veda yang suci dari tangan-tangan penyembah berhala).Brahma adalah Ibrahim dan Saras (juga digelar Saraswati di mana 'wati' adalah suffix) adalah Siti Sarah!Ini dijelaskan oleh sarjana Sanskrit iaitu Vidyarthy (seorang maulana muslim yang pakar dalam kitab Veda) dan beliau pernah berdebat dengan golongan elit Brahmin Hindu yang bergelar Pandit dari aliran Brahma Samaj tentang rahsia kitab-kitab Veda ini.Akhirnya para Pandit ini meminta maulana ini meneruskan penggalian rahsia Veda yang mereka sendiri tidak tahu selama ini!!

Jadi ini membawa kita kepada bayang-bayang Ibrahim a.s!

Jadi apa kaitan dengan Bani Israel?

Nabi Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada Segala Bangsa.Nabi Ibrahim menurunkan tiga bangsa;Bani Israel (The House of Israel),Bani Ismail (The House of Ishmael) dan bangsa misteri ini,Bani Jawi (The House of Jawi).

Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa dalam perlambangan Sang Sapurba!

Dalam hikayat Melayu ini kita dapati Sang Sapurba telah mengahwini puteri tempatan,Wan Sendari.Raja Suran pula mengahwini Dara Segangga,seorang kerabat diraja Gangga Negara (kerajaan ini dikesan terdapat di sekitar Dinding dan Beruas dan melangkaui pengaruhnya sejauh Bidor di Perak) dan Onang Kiu,seorang puteri kerajaan purba orang Mon (Gelanggi adalah nama Melayu bagi Klang Kio,sebuah kota orang Mon.Ada pendapat mengatakan ia terdapat di Johor.Namun ada bukti mengatakan ia terletak di Pahang).Tinggalan saki-baki orang Mon ini adalah puak-puak Orang Asli seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini bukan kerajaan Siam Ayutthaya atau Tai Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba orang Mon.Orang Mon dan Melayu hidup secara harmoni pada zaman purba,jauh sebelum kewujudan kaum Tai versi Ramkhamhaeng dan Siam versi Ayutthaya.Perhatikan kostum orang Mon yang mirip Melayu.Mereka ibarat 'Baba dan Nyonya' pada zaman purbakala.Mereka pandai menyerap budaya Malayo-Polynesian.


*Kanak-kanak Mon dengan pakaian tradisi mereka

Terlanjur bercakap tentang puak-puak Orang Asli di Malaysia,kita kena faham terdapat dua kategori dalam masyarakat Orang Asli berdasarkan bahasa mereka.Pertamanya kategori Aborogine Malay,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan bahasa-bahasa Malayo-Polynesian.Contohnya Jakun,Temuan,Orang Kanaq,Orang Kuala dan Seletar.Kedua,kategori Aslian,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan laras bahasa Mon-Khmer.Puak-puak Orang Asli dalam kelompok ini ialah seperti Temiar,Senoi,Jahai,Mah Meri,Semang dan Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA BAHASA ORANG SENOI DAN TEMIAR INI MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN KELOMPOK BAHASA MON-KHMER?



Jawapannya,mereka pernah datang sejauh tanah semenanjung ini.Bukan sekadar di Indochina sahaja (kini majoriti orang Mon terdapat di Burma dan ada yang menetap di luar negara).Namun nasib baik orang Jakun dan Temuan berbahasa Malayo-Polynesian,nanti jika semua Orang Asli Malaysia berbahasa Mon-Khmer,sudah tentu para Rasis-Komunis-Chauvinis akan mengatakan orang Melayu benar-benar pendatang dan merampas Malaysia dari tangan orang Mon.Jadi tugas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang amat penting ialah menjaga orang Jakun,Temuan,Seletar dan seumpamanya sebagai bukti terdapatnya aborigine Melayu yang punya hubungan linguistik dan budaya dengan Melayu-Melayu lain yang lebih terbuka sifatnya seperti Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.Jadi mereka tidak boleh 'menghalau' orang Melayu begitu sahaja dan mendakwa bumiputra sebenar ialah Orang Asli.Orang Jakun ini nak campak mana?Sebab itu dakwaan mereka ini bersifat rasis dan tidak berpelajaran.

Orang Han dan Monggol boleh menghalau orang Tai dan Dai-Viet dari wilayah-wilayah mereka sehingga berebutkan tanah-tanah yang asalnya milik kaum-kaum Malayo-Polynesian.Tetapi mereka tidak boleh menghalau orang Melayu begitu sahaja dari bumi tanah tumpah darah ini pada hari ini.Ideologi komunis mereka tidak boleh terpakai di sini.Jika golongan komunis ini masih berkokok,baik buang mereka semua ini ke Thailand dan merasa di'Thai'kan oleh Raja Thai yang memang menyimpan dendam dengan orang Han yang menghalau kaum mereka dahulu dari wilayah Xian,tempat asal etnik Tai.

Kini ada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai Siam Ayutthaya ingin pula menghalau orang Melayu ke daerah Xian dan Yunnan.Orang yang masih berdegil membanggakan keturunan dan menghina orang Melayu yang baik hati memberikan tempat tinggal kepada mereka ini patut dicampak ke halaman istana Raja Thai.Silap haribulan Raja Thai (yang tengah berusaha menjaga sejarah fantasi mereka dari terbongkar) ini akan mengarahkan agar mereka ini dipijak-pijak oleh gajah diraja.Ketika ini barulah terkocoh-kocoh mahu bersyukur kepada Ilahi dan terbayangkan saudara-saudara Melayu mereka yang asyik mengalah dengan telatah mereka dan setia mendengar luahan hati mereka diburu Raja Thai pada waktu silam.

Lihat rahsia ini.

Sang Sapurba dan Raja Suran dikatakan datang dari luar dan ada kaitan dengan budaya Vedic.Kedua-dua mereka menjalinkan perkahwinan dengan puteri-puteri Nusantara.

Semak kembali kisah Kaundinya dan Soma!

Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian dan Mon-Khmer punya legenda orang suci dari luar yang mengahwini puteri tempatan.

Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan kisah yang sama!Bentuk yang sama!'Pattern' yang sama!

APA MAKSUD SEMUA INI??

Biar kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-kaum terawal di Nusantara punya legenda atau kisah rakyat tentang perkahwinan orang luar dan puteri tempatan,dan anehnya kesemua mereka punya plot cerita yang sama seterusnya;mengaku hasil dari perkahwinan ini melahirkan keturunan raja-raja mereka!!!

Jadi apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh legenda ini??

SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN IBRAHIM a.s DAN SITI KETURAH DALAM PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!

Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di tangan Bani Israel,dirakam dan dikenang-kenang di dalam kitab-kitab purba mereka!

"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah."

(Genesis 25:1-4)
 

"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"


(Genesis 25:5-6)






Pembukaan Kepada Rahsia 'Darah Naga'








Cerita tentang 'Darah Naga' memakan ruang yang besar jika dihuraikan satu-persatu.Ini kerana ia berhubungkait dengan pelbagai mitos yang dikongsi oleh Tamadun China,Firaun Mesir dan Kabbalah Yahudi.Sebagaimana legenda Ibrahim (Brahmin) dan Keturah (Puteri Mayang Mengurai/Puteri wangi-wangian) yang dikongsi oleh budaya Mon-Khmer dan Cham,kisah 'Darah Naga' ini terdapat dalam kesusasteraan Mesir Purba,mitos masyarakat China dan kultus-kultus mistik Kabbalah!

Dan rahsia 'Darah Naga' ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya.IA ADALAH RAHSIA DALAM RAHSIA.

Shriners bertahap 33rd degree pun tidak mengetahui asal-usul 'Darah Naga' ini.

Sebelum rahsia dibuka,kami ingin beritahu buat kesekian kalinya,BAHAWA MELAYU ITU BUKAN YAHUDI ATAU DARI BANI ISRAEL.Tetapi jika ada golongan Bani Israel yang datang ke sini,mereka telah terserap menjadi Melayu sepertimana orang India (keturunan Pakistan,Benggali,Urdu,Hindi,Tamil dll) yang berkahwin dengan orang Melayu cenderung menjadi Melayu di Nusantara ini (menjadi satu lagi cabang Melayu iaitu golongan Mamak atau Mamu dan Mami).Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel) adalah dari berlainan keturunan tetapi ada hubungan jauh.Dan ada dua 'jenis Melayu'.Satu adalah Melayu hasil perkahwinan Abrahama (Ibrahim a.s) dan Keturah (Orang Yahudi menggelarkan beliau sebagai Wangi-wangian,Khmer menggelarnya sebagai puteri naga,tradisi Melayu Cham menggelarnya MAYANG MENGURAI),dan satu lagi adalah Melayu Kuno Nusantara,yang dahulunya bergelar 'Darah Naga'.Ia adalah dari keturunan sebelah ibu Melayu Moden,Siti Keturah (Melati/Damar Wangi/Ye Ye/Mayang Mengurai).

Tradisi Yahudi Kuno menyebutnya sebagai Leviathan ( L’V’Th’N),Ular Besar yang berenang di Laut Merah (Giant Serpent).Ia adalah raksasa laut atau digelar sebagai Draken.Kod Warna untuk menggambarkan legenda ini adalah hitam dan merah.Ini adalah warna di atas Aziluth dalam mistik Kabbalah Tree of Life "Pohon Kehidupan".Ia adalah Sacred of Binah.Bermula dari warisan The Giant Serpent ini muncullah pelbagai kepercayaan karut Kabbalah,sehingga sampai penyembahan kepada Pentagram dan Sabbatical Goat;Baphomet.

Terdapat satu ritual yang dinamakan Rite of Vampire.Semuanya berkaitan Dragon Blood sebagai 'The Royal Blood of Kings'.Namun tradisi Kabbalah Yahudi membuatkannya menjadi ramuan kepada mistik sesat yang menyeramkan.

Menariknya Kabbalah Yahudi menggunakan mantera-mantera dalam bahasa Mesir Kuno untuk menjalankan ritual paling gelap dan terahsia mereka.Contohnya,mantera untuk membangkitkan 'MIND'S EYE' dalam tubuh menggunakan mantera:


"Ti Ah Maat!"


Mantera ini dizikirkan (chanting) sehingga kuasa itu bangkit menyelubungi diri.Ketika para rahib Kabbalah sedang bertafakur di hadapan berhala Ular Besar mereka,mari kita perhatikan rahsia dalam mantera ini.

'Ti Ah Maat' di mana 'Maat' bermaksud 'Mata' (ingat petunjuk dalam The Egyptian Book of The Dead).Mantera ini adalah untuk membangkitkan 'penglihatan minda'.Ini dinamakan nama sfera:Kether.Terdapat nama sfera lain yang aneh,iaitu Daath.Daath adalah bererti 'royal edict' iaitu 'gelar diraja' dalam bahasa Ibrani Kuno (ingat Darth Vader?Setiap gelaran Darth dalam filem Starwars merujuk kepada gelaran elit golongan Darkside Force,Darth di dalam filem ini diambil dari kata Daath/Dath dalam bahasa Ibrani/Hebrew).Perhatikan persamaan kata 'Datu/Dato' dalam budaya Melayu dengan 'Daath (disebut 'Dat') dalam budaya Ibrani Kuno.Perhatikan kata 'Maat' (disebut 'Mat') dalam bahasa Mesir Purba dengan 'Mata' dalam bahasa Melayu.Dalam tatabahasa Ibrani huruf 'u' dihujung 'Datu' hilang dan mereka menyebutkan sebagai 'Dat' sahaja.Mesir Purba pula menghilangkan huruf 'a' dihujung kata 'Mata' dan menjadi 'Maat' (sebutan 'Mat').Cuba anda sebut 'MatHeru' berulangkali.Rasakan persamaannya dengan kata 'Matahari' (Heru adalah nama asal dalam bahasa Mesir Purba manakala orang Barat menyebutnya sebagai Horus).

Maat Heru=Mata Heru=Mata Horus=Mata Hari.

Mengapa Kabbalah Yahudi menyebutkan mantera agama sihir mereka di dalam bahasa Mesir Purba??INI KERANA BAHASA MESIR PURBA ADALAH BAHASA SUCI AGAMA SIHIR KABBALAH!


Dan bahasa suci ini dipengaruhi 'BAHASA NENEK MOYANG DI THE LAND OF GODS,PUNT!

Tanah Punt digelar sebagai 'Sun God Land'.Ini kerana kedudukannya yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun.Ini adalah ciri-ciri iklim Khatulistiwa!Dalam bahasa Mesir Purba ia disebut sebagai 'Ta netjer'.Heru (tradisi Greek menyebutnya sebagai Horus) adalah seorang raja di 'Sun God Land' ini.Tradisi Mu (nama lama Nusantara mengikut mistik Barat) menghormati raja ini yang memerintah dengan saksama seperti cahaya mentari,memberikan cahaya kesejahteraan kepada rakyat.Dari sini muncul simbolisme 'Mata Heru' atau 'Matahari';kesan raja ini yang masih tertinggal ada bahasa Mu/Punt yang masih bertahan sehingga ke hari ini!

(Ingat,kebiasaan kaum pagan menganggap raja-raja yang berkarisma sebagai dewa/tuhan dan ini bertentangan dengan fikiran sihat yang dianjurkan oleh Islam)

Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di relief pada kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri badak Asia,bukan badak Afrika!Ketika ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum Masehi,dicatatkan pada relief pada tembok kuil bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut.Ketika itu Punt diperintah oleh Raja Perehu (King Parahu) dan Permaisuri Hati (Queen Ati).




Rahsia Gelaran Pharaoh (Firaun) dan Kunci Sulit Amun-Ra di Kamar Raja-Raja




Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan.Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'.Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin menjadi 'Pharao'.Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini.Pada awalnya,maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja.

SOALANNYA SEKARANG,APAKAH SEBENARNYA 'PRAU' INI??

Nanti dulu,kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya Mesir Purba.

Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:

"Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!"

Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum Amenhotep IV ini!Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'.


Dari sini kita dapat menghidu,dari mana orang Mesir ini mencedok kata 'Prao' ini.

PEMBUKAAN RAHSIANYA IALAH,KATA 'PRAO' INI BERASAL DARI NAMA RAJA PUNT,RAJA PEREHU.

Perahu,juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu.Nama lain bagi perahu adalah sampan.Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim,profesion utama orang Melayu pada zaman purba.Ingat,bilakah ekspedisi Mesir Purba bertemu Raja 'Prao' ini di Punt?

Iaitu KETIKA ERA RATU HATSHEPSUT!!

Patutlah inskripsi terawal yang mencatatkan gelaran 'Pharaoh' ini hanya dikesan selepas era Hatshepsut.Sebab ketika era Hatshepsutlah Raja Kuno Melayu 'King Parahu' memerintah seluruh Nusantara!

Raja Prao dan Permaisuri Ati.Misteri yang tidak tertanggungkan.Sebab itu para Firaun menyebutkan tanah ini sebagai 'Tanah Nenek Moyang'.

INILAH HUBUNGAN TERAHSIA RAJA PEREHU DENGAN PARA FIRAUN.Gelarannya dipakai oleh kerabat diraja Firaun.Tanyalah Tutankhamun dan Nefertiti,siapakah sebenarnya 'Prao' ini?

Mari kita siasat lagi siapakah Raja Prao/Perehu ini.

Di dalam era Dinasti ke-12,perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba.Kisah ini menyebutkan:

"...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah karam.Dia cuba berenang untuk mendekati pantai.Sampai di pantai,pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu.Tiba-tiba seekor Ular Besar telah menghampirinya.Pelaut itu berasa amat takut.Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi berkata-kata dengannya:
 

Akulah Raja Punt.

Aku memerintah pulau-pulau.Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.
 

Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu.Dia diberi makanan,minuman dan layanan mesra..."


Cerita ini mengandungi separuh mitos,dan separuh kebenaran.Mungkin penulisnya mahu menggunakan teknik perlambangan kepada imej Raja Punt itu.Kemungkinan raja itu memakai topi yang bermotifkan kepala ular atau kostum yang bercorakkan kulit ular.Namun kata Ular Besar (Giant Serpent) itu mengandungi rahsia terdalam orang Melayu.Dan rahsia ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya SECARA LANGSUNG di dalam blog percuma seperti ini.Ia adalah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline).JIka anda masih setia dengan kami,kami akan cuba bukakan sedikit demi sedikit.Selagi potoh NAGA masih tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak,selagi itu rahsia ini masih ada.Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh,cerita rakyat negeri Perak,disebutkan mahkota anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada bermahkota.Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah,dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan Perak,mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini.

Jadi siapakah warisan Raja Naga ini?Ingat lagi Soma atau Puteri Mayang Mengurai yang jatuh cinta dengan ORANG SUCI?Soma adalah keturunan Raja Naga dalam cerita rakyat Khmer.Dalam versi Khmer ini,Brahmin (Preah Thaong) telah sampai ke satu pulau dan menjumpai 'RUMAH PARA NAGA' seterusnya bertemu dengan Neang Neak (Ye Ye atau Mayang Mengurai),anak perempuan kepada Raja Naga (seolah-olah sama dengan kisah pelaut yang bertemu dengan Ular Besar dalam sastera Mesir Purba tadi).Mereka pun berkahwin atas restu Raja Naga,ayah kepada Neang Neak.Raja Naga itu kemudiannya menyedut air di sekitar pulau itu dan menamakan ia sebagai Kampuchea Thipdei atau Raja Kemboja.

Jika mengikutkan hikayat dari mulut orang Mon-Khmer ini,Raja Prao/Perehu itu kemungkinan besar dari keturunan raja Soma (Naga).

Di dalam hikayat Pahang atau hikayat Tasik Chini,ada kisah dua ekor naga,SERI GUMUM DAN SERI KEMBOJA!Dan kononnya di dasar Tasik Chini terdapat puing-puing kota purba Khmer (tepatnya ialah kota orang Mon).Jika dikatakan kota Gelanggi itu di dasar tasik ini,IA MUNGKIN BENAR.


Dan tanyalah kepada Nehesi,wakil angkatan laut Hatshepsut,tentang potoh yang dipakai oleh Raja Prao itu.Jika potoh itu adalah POTOH NAGA sama seperti yang diwarisi oleh Kesultanan Perak,maka tidak hairanlah motif ular dipakai pada mahkota para Firaun.Renunglah topeng emas Tutankhamun yang penuh misteri itu.Perhatikan ukiran ULAR yang melingkar atas mahkota.Jika gelaran Raja Punt diambil oleh para Firaun ini,maka tidak hairanlah kostum dan motif Raja Punt ini,pasti dicontohi oleh mereka.Sebab itu mereka menggelar Punt sebagai,THE LAND OF GODS...Tanah Para Dewa.

Holy Land.

Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah bukti bahawa rahsia kita masih tersimpan di merata dunia.Mencari jejak sejarah kita memerlukan kita belayar mengelilingi dunia;sepertimana moyang kita dahulu.Sejarah kita direbutkan orang lain,terpecah-pecah,bercaing-caing diambil oleh pelbagai kaum.Kaum yang tidak punya sejarah,terpaksa mencedok sejarah kita dan mengaku ia warisan mereka.Sejarah,budaya dan warisan kita di Indochina dipecah-pecah,direbut dan dikoyak-koyakkan secebis demi secebis kemudian diambil cebis-cebis itu setiap kaum yang dahagakan warisan sejarah agung kita.Srivijaya itu adalah Melayu,Melayu itu adalah Srivijaya maka tanyalah para leluhur bangsa Thai siapakah dia Srivichai itu?Tanya pada nenek moyang Thai apakah dia dinasti Teratai Srivichai itu?Lambang Garuda itu warisan siapa?Perhatikan siapa yang terlampau megah menggunakan lambang Garuda ini,yang kini dikongsi oleh Indonesia dan Thailand.Mengapa orang Khmer mengenal Srivijaya sebagai 'Malayu' sahaja?Kaji tarian Srivichai dan sejarahnya...wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu semua menjadi pencacai sejarah orang lain.Sebelum kamu menjadi lembu dicucuk hidung kepada budaya Barat yang juga mencedok budaya Semitik.Sebelum kamu terpaksa menyapu lumpur kekotoran sejarah yang dipaksakan ke muka-muka kamu.

Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah seroja pelangi dan aurora lazuardi yang disapu oleh mendung pembohongan dan buta sejarah oleh kita sendiri.Sampai bila kita mahu merendah diri tak bertempat dan mengiyakan pembohongan orang lain terhadap permata dan emas sejarah agung kita.Cukup-cukuplah Inggeris menipu kita,mengapa kita sanggup menjilat pula pembohongan warisan kemelayuan oleh pihak-pihak yang juga berharap merampas warisan kita (rujuk Teori Memelayukan Siam oleh Siam Ayutthaya).Sudahlah Raja Thai berusaha mencipta pelbagai fantasi mahu menThaikan semua warisan Melayu kita,inikan pula 'satu rumpun mereka' yang lain mahu menSiamkan sisa-sisa sejarah yang ditinggalkan pada kita.Mengapa mereka kurang selesa dengan nama 'Melayu'?Sebab mereka tahu,SEBENARNYA MEREKALAH PENCACAI SEJARAH DAN WARIsAN AGUNG KITA,jadi apa yang perlu dibuat ialah menukarkan semua sisa-sisa sejarah yang ada menjadi warisan Siam yang sebenarnya hanyalah dongeng di zaman moden.Tiada lagi warisan Melayu selepas itu...tiada lagi ayahanda Ibrahim dan bonda Mayang Mengurai.Yang ada selepas itu adalah Siam Ayutthaya Traikolanat Watpapat Sikulipat Siapa Cepat Dia Dapat!Akhirnya yang kecewa adalah kita sendiri yang tergadai semua sejarah agung dan warisan zaman-berzaman.Ingat!Tiada bukti pun orang Siam pernah membina kota purba di sini.Gelanggi bukan kota Siam Ayutthaya atau Thai.


Sungguh!Cubalah wahai pakar psikik dan channeling Malaysia 'tengok-tengok'kan kota purba ini jika semua ahli sejarah dan pakar arkeologi Malaysia sudah mengalah sebelum berjuang...sesungguhnya kota ini adalah kota bersama orang Melayu Kuno dan orang Mon.Tanyalah orang Temiar dan Jahai,bagaimana mereka boleh sesat ke hutan-hutan Malaysia.Bahasa mereka adalah bahasa MON PURBA!!Wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu termuntah berkahak-kahak kerana mual dengan daki kekotoran sejarah fantasi orang lain.Orang Mon dan Melayu Gelanggi inilah Siam Asli yang sebenar...tiada orang Siam Anai-anai yang berbahasa Siam Kedah atau Tai Ramkhamhaeng yang tertinggal di hutan-hutan MalaysiaMENJADI ABORIGINE SEBAGAI BUKTI KEWUJUDAN MEREKA TERHADAP HAK KOTA GELANGGI YANG DIREBUT SETENGAH MATI OLEH TAI RAMKHAMHAENG ADULYADEH DAN SIAM AYUTTHAYA ANAI-ANAI.Tiada...memang tiada.

YANG ADA ADALAH ABORIGINE MALAY SEPERTI JAKUN DAN TEMUAN SERTA ASLIAN MON PURBA SEPERTI MAH MERI DAN JAHUT.




Jika dikatakan istilah 'Siam' itu hak orang Mon,YA INI MUNGKIN BENAR kerana merekalah etnik selatan China yang terawal berhubung dengan kaum-kaum Malayo-Polynesian.Ketika Tai Ramkhamhaeng terpisat-pisat 'membina' kerajaan gerila di utara Indochina...orang Mon telah ada pagoda-pagoda emas dan negara-negarakota mewah.Ketika Siam celup versi Ayutthaya baru membuka negeri di Sungai Chao Phraya,sejarah manis orang Mon ini telah menjadi muzium sejarah sebagaimana sejarah orang Melayu Funan dan Cham yang 'established' menjadi legenda yang dikenang-kenang oleh orang Khmer sama ada diukir di kuil-kuil atau istana mereka.

Tuan-tuan dan Puan-puan!

Sejarah itu amat penting jika tidak,mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis,mengedit malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk membangkitkan estim diri (self-esteem)?Raja-raja mereka tidak sampai hati membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain maka INILAH CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN 'PRIDE' DAN 'NATIONALISM' pada semangat anak bangsa mereka pada masa hadapan.Hasilnya orang luar pun menghormati mereka kerana punya warisan sejarah (padahal dicedok dari warisan kuno kita),dan ini membuatkan mereka lebih memiliki 'self-confident'.Tetapi sesetengah anak Melayu lain cara berfikir mereka,mereka menganggap semua ini sia-sia dan hanya menyuburkan rasa angkuh dan meninggi diri jadicukuplah aku MENJADI PENCACAI KEPADA SEJARAH FANTASI YANG KHAS DICIPTAKAN UNTUK AKU SUPAYA AKU DAPAT MENJILAT AIR LUDAH DAN KAHAK PERASAAN RENDAH DIRI YANG TIADA BERTEMPAT,MENJADI PENGEMIS BUDAYA DAN WARISAN BANGSA LAIN.Jadi buta,pekak,tuli dan bisu.


Lihat dengan mata hati Tuan-tuan dan Puan-puan...!Betapa orang Khmer mengukirkan kostum orang Melayu yang memakai jaket dan helmet perang siap berperisai,betapa segaknya pahlawan Melayu Cham!Orang Khmer juga mengukir tentera-tentera Cham menaiki kapal-kapal perang dengan ukiran aneh di muncung kapal yang sama dengan ukiran di muncung perahu-perahu Kelantan dan Terengganu....Mesir Purba mengukirkan Raja Perehu yang tegap dan kacak siap berkeris (malangnya mereka tidak mengukirkan gelang potoh dilengan Perehu padahal tulisan hiroglif menyatakan Nehesi melihat Raja Melayu Purba itu memakai gelang potoh)...rekod-rekod China Purba merakamkan kehebatan orang Melayu Nusantara yang digelar mereka sebagai Kunlun belayar dan mengembara,menguasai laut dan angin.Rishi-rishi Hindu mengarang syair memuji-muji Malayadvipa (Kepulauan Melayu) sebagai bumi emas yang menakjubkan dan tempat tinggal dewa-dewi;sama seperti gelaran para Firaun terhadap Nusantara.Tetapi mengapa ada anak Melayu hari ini yang tergamak sanggup menelan air longkang dan najis sejarah ciptaan penjajah dan sisa-sisa warisan yang dicuri oleh pelbagai kaum mendatang termasuk Siam Ayutthaya yang berasal dari etnik Cina Xian di China.Siam Ayutthaya sememangnya dari Xian (ini diakui sendiri oleh salah seorang keturunan mereka,jadi salahkan dia...jangan salahkan Srikandi ek) dan Tai itu dari Shan dan Yunnan,TETAPI BUKAN ANAK CUCU MAYANG MENGURAI INI!Bukan...bukan...dan bukan...!

Sekejap mengaku Melayu,sekejap mengaku Siam,sekejap mengaku Cina Xian,sekejap mengaku Cina dinasti Tang,sekejap bangsa Harimau,sekejap puak Naga...akhirnya mengaku Melayu keturunan Siam.Tanah Melayu pula sekejap dikatakan kepunyaan Maharaja Siam,sekejap kepunyaan Raja India Monggol,sekejap milik Ayutthaya...sekejap ini sekejap itu sekejap begini sekejap begitu seperti sesumpah...inilah contoh orang yang tidak punya sejarah cuba untuk merompak sejarah orang lain.Mengapa begitu payah menetapkan nama keturunan sendiri?Kenapa tersasul-sasul dan merapu meraban sebegitu teruk?Tanah Melayu milik Monggol India?BUKAN...BUKAN...BUKAN...DAN BUKAN....!!

Bagaimana kaum dan bangsa lain apabila ingin membicarakan WARISAN MELAYU DARI SEGI FAKTA SEJARAH,mereka mengukir dan melukiskannya dengan indah,agung dan mengasyikkan pada tembok-tembok kuil,istana serta manuskrip dan prasasti.Namun mengapa penjajah bila ingin membicarakan tentang Melayu yang dijajah dan dijarah hasil buminya MENULISKAN BAHAWA INI ADALAH BANGSA PEMALAS DAN MUNDUR?Fikirkan perbezaan ini.Orang Tai,Mon,Dai-Viet dan Khmer berkali-kali meyakinkan kita bahawa kita punya peradaban agung dahulu tetapi mengapa kita amat percaya dengan mulut penjajah yang mengangkut 1001 prasasti dan manuskrip sejarah kita ke Eropah?Mereka rampas semua kecerdikan kita masa silam dan kata:

"Ya...lihat,kamu tidak punya apa-apa!Nothing!Dari dahulu kamu memang bodoh dan tidak punya apa-apa dan kini kamu mewarisi kebodohan itu!"

Malangnya ada orang Melayu hari ini teramat percaya kepada kata-kata ini dan berasa malu menjadi Melayu dan sanggup 'menukar' bangsa asal mereka kepada bangsa khayalan Siam Xian yang berasal dari etnik Cina yang lemah dan kalah berperang dengan dinasti-dinasti China yang lebih gagah,dihalau beramai-ramai ke Indochina dan Tanah Melayu,memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Melayu sehingga menjadi Melayu Siam pada hari ini.Bahasa Siam Kedah itu sendiri diakui oleh mereka sendiri punya persamaan dengan bahasa Hokkien!Hanya orang yang tidak berpuashati dengan sejarah kaumnya yang menyedihkan itu sanggup mendakwa orang Melayu itu tidak punya apa-apa dan fantasi sahaja kerana perasaan dengki padahal sejarah kaum dia lah yang superkhayalan laksana Superheroes dari komik Marvel.Semua warisan Melayu yang ada seperti kitab (UUK sebagai contoh),artifak,candi,istana sehingga sejarah Kedah TUa yang gemilang itu didakwa mereka sebagai hak Siam Xian ini sehingga Cyrus The Great yang berketurunan Parsi Kuno itu dikatakan keturunan Siam Xian ini!Semua..semua dan semua...warisan Melayu diambil oleh pelbagai kaum yang mendatang...sehingga akhirnya tiada apa yang tinggal,dan kita menumpang pada sejarah orang lain yang dahulunya milik kita.Pelikkan?Orang lain dijajah negara mereka sehingga terpaksa menumpang di tanah orang lain yang dahulunya milik dia,tetapi lain pula dengan kita.Kita terpaksa menumpang sejarah orang lain yang dahulunya milik kita.

KITA HARI INI TERPERANGKAP DALAM SEJARAH MELAYU ERA PENJAJAHAN.Ini realitinya.Kita berfikir dengan pemikiran sejarah orang Melayu bermula dengan kejatuhan Melaka,era penjajahan sehingga merdeka.SEjarah orang Melayu pada hari ini di buku-buku teks sekolah adalah SEJARAH ORANG MELAYU SEKECIL SEJARAH MALAYSIA YANG TERJAJAH PADAHAL SEJARAH MELAYU ITU SELUAS SEJARAH NUSANTARA YANG MEMBINA EMPAYAR PERDAGANGAN MARITIM TERAGUNG DUNIA!

Inilah gunanya memisahkan Nusantara kepada beberapa negara.Orang Brunei memikirkan sejarah Melayu sekecil sejarah Brunei,orang Malaysia memikirkan sejarah Melayu sekecil sejarah Malaysia,rumpun Nusantara di Indonesia pula memikirkan perkara lain...tentang krisis identiti apakah benar aku ini berbangsa Indonesia ciptaan Belanda,atau aku ini adalah rumpun Nusantara?Masing-masing pening memikirkan masalah ini sampai bergaduh dan mahu berperang;isu Tarian Pendet dan batik dan lagi...dan lagi...fikirkan sekiranya Nusantara ini disatukan seperti negara China.Orang Manchu,orang Han,Monggol,Hui,Zhuang (sekadar menyebut beberapa contoh) telah cair menjadi BANGSA CINA,dengan sejarah dan budaya yang diseragamkan.Tiada pula orang-orang di wilayah-wilayah berbeza bergaduh berebut tarian dan baju di China.Tetapi orang Indonesia yang dirasuk oleh hantu Belanda berebutkan tarian dan baju batik dengan orang Malaysia yang sah-sah sama bahasa dan budaya dengan mereka.Memang membingungkan!

SEmentara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh,Cina Singapura mencuri air dari Indonesia dan mencuri pasir di Malaysia buat menambak tanah sekangkang kera mereka yang dihadiahkan sendiri oleh orang Melayu juga!SEmentara orang Indonesia dan Malaysia bergaduh...keturunan Siam Xian yang telah menjadi Melayu cuba untuk mencuri sejarah dan identiti orang Melayu Nusantara dan cuba berusaha menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri sebagaimana orang Lao yang berjaya menubuhkan identiti sendiri dari sejarah Tai dan orang Tai yang berjaya menubuhkan identiti dan nasionalis sendiri hasil pinjaman dan cedokan dari budaya Khmer dan 'Srivichai'.

Ini lebih membingungkan!