PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA BANGI
(NO PENDAFTARAN 0484-06-SEL "14-001(9)" )

///

SEKAPUR SIREH
Daripada YM AYAHANDA CIKGU JOE :

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, selamat datang ke Halaman Rasmi "MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA" (PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA BANGI - PAPIM BANGI ).

Dengan izin Allah SWT dan nawaitu ikhlas dari Ayahanda untuk memimpin ahli-ahli jemaah kearah jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T, untuk meneruskan jihad dan perjuangan suci sunnah RasulAllah, sebagai adik beradik sepejuangan wajib ke atas kita tolong menolong , berkerjasama dan berkorban untuk kebaikan bersama, demi kebajikan dan dakwah marilah kita eratkan siratulrahim sesama kita ahli-ahli sejemaah. KEPADA AHLI JEMAAH YANG INGIN MENYUMBANG UNTUK KEBAJIKAN DAN TABUNG MAJLIS BOLEH BERHUBUNG DENGAN "Kekanda Paduka Ayong ( 012-3130248)" . Segala urusan dan kegunaan wang Tabung dan Sumbangan untuk Jemaah Sakit, masuk hospital, kematian, kemalangan, kesempitan ekonomi/hidup, berkampung, juga di gunakan untuk masjid, surau dan anak-anak yatim. sebarang kutipan duit adik-adik dari abang-abang Long atau untuk tabung Ayahanda tidak akan ada lagi kecuali dengan bersurat bertanda tangan Ayahanda sendiri,sebarang kutipan duit atas nama Ayah, Ayah tidak membenarkan Abang-Abang Long meminta wang dari adik-adik menggunakan nama Ayah. Anakanda boleh berhubung terus dengan Ayahanda atau setiausaha Ayahanda ( Abg Long Asrar (012-4694140) untuk pertanyaan. Ayahanda mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hamba-Hamba Allah S.W.T yang menyumbang atau menderma kepada Tabung Majlis Jemaah Bahtera Samudera (Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia Bangi - PAPIM BANGI ) Semoga Allah SWT memberkati dan memberi rahmat serta di murahkan rezeki kepada Hamba-Hamba Allah yang baik hati dan Dermawan.

Wassalam

( Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe )

Organisasi PAPIM Bangi

SENARAI KOMUNITI PAPIM BANGI 2009-2010 :

PRESIDEN
> Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe

TIMBALAN PRESIDEN
> Kekanda Paduka Ayong Puchong

NAIB PRESIDEN 1
> Kekanda Paduka Zul Ipoh

NAIB PRESIDEN 2
> Kekanda Paduka Jali Kelate

SETIAUSAHA
> Abang Long Jan Bangi

BENDAHARI
> Abang Long Asrar Desa Tun Razak,KL

BIRO DISIPLIN DAN BERTINDAK
> Tiger Long Fitri Jln Ipoh,KL
> Tiger Long Ijat Panjang Bandar Sunway
> Tiger Ngah Castello Pandan Indah,KL


BIRO PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN
> Abang Ngah Megat Desa Tun Razak,KL

BIRO AGAMA DAN PENDIDIKAN
> Abang Long Tam Rawang

BIRO KEBAJIKAN
> Abang Long Neo Selayang

BIRO EKONOMI
> Abang Long Khalid Taiping
> Abang Ngah Bob Gombak

BIRO AKTIVITI & SUKAN
> Abang Long Bami Gombak
> Abang Ngah Wan Bangi

BIRO INFORMASI DAN MEDIA
> Srikandi Puteri Nadia Ampang


AJK
> Abang Long Ayie Putrajaya
> Abang Ngah Amir Petaling Jaya
> Abang Ngah Epul Putrajaya
> Abang Ngah Fizi Melaka

MATLAMAT
# Mewujudkan rumpun Melayu relevan seiring dengan modenisasi dan sentiasa meningkatkan taraf profesionalisme mengikut era globalisasi.

# Memartabatkan hidup yang bertunjangkan kepada peribadi Melayu, ajaran islam, berintegriti, progresif, progresif yang sesuai mengikut arus peradaban.

# Mendaulatkan Institusi pemerintahan, lambang-lambang Yang Dipertuan Agong di peringkat Negara dan Sultan-Sultan di peringkat Negeri.

# Mengumpul dan mengeratkan rangkaian silaturrahim dikalangan ahli melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial yang bermanfaat.

# Mengadakan program-program motivasi, latihan sivik, kursus, seminar bengkel, ceramah, kaunseling, kebajikan atau pertemuan yang dapat mengerakkan usaha merialisasikan penubuhan PAPIM BANGI.

# Memberi kerjasama kepada Agensi-Agensi dan Badan-Badan kerajaan bagi membenteras ajaran sesat, penyalahgunaan dadah dan mengawal aktiviti-aktiviti sosial yang menghina martabat dan peradaban Melayu.

# Menyalurkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

# Mengadakan tabung khas bagi membiayai kos dengan cara menerima kutipan derma atau tajaan-tajaan dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

VISI
Kearah menjadi kumpulan Melayu yang Maju dan berdaya saing.

MISI
Mengujudkan satu kumpulan Melayu yang maju, dinamik dan berkebolehan tinggi dalam segala aspek kemasyarakatan termasuk berkemampuan menerima teknologi baru serta mampu berdaya saing bersama bangsa-bangsa lain mahu pun di dalam negara dan luar negara, demi untuk memajukan bangsa khasnya dan Negara amnya.

MOTO
Maju Melalui Kemasyarakatan