Sunday, November 28, 2010
Alter Terahsia Bangsa Melayu IX
Kembali bertemu di Gua Rahsia kita!Tuan-tuan dan Puan-puan,apakah gerangan hajat kalian kali ini?Tidak puaskah dengan Rahsia Dari Wangi-wangian yang hamba bukakan untuk kalian?Rahsia Keris Bersepuh Emas dan Tanah Para Dewa?Bukankah kalian sudah mencium haruman dari kamar diraja Firaun?
Hahaha!Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Tahukah Tuan-tuan dan Puan-puan,gaharu dan cendana ialah barangan eksport bangsa Mala di pasar-pasar kota Ur,Kish dan Uruk?Dan ini tercatat di dalam kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba setaraf Epik Gilgamesh?Masakan kalian tidak mengetahuinya,bukankah kalian anak cucu keturunan Sang Naga Buana dan Puteri Kaca Bertuang?
Hamba hanya menjaga rahsia saja.Sampai masa,rahsia dari raja hamba akan hamba bukakan untuk anak cucunya seperti yang diwasiatkan kepada hamba.
Mari mendekat ke sini wahai anak cucu raja-raja,hamba mahu beritahu sesuatu.(Penjaga Gua Rahsia melakarkan beberapa perkataan di atas pasir gua):
Bunga
Mala
Abraham
Tanah Kanaan
Zulkarnain
Gunung
Emas
The Land of The East
Keturah
Kemenyan
Haruman
Laut
Keris
Songkok dan Tanjak
Avesta
Kapur Barus
Rempah
Hamba bukakan kunci-kunci rahsia untuk anak cucu.Semua katakunci ini mengandungi rahsia-rahsia tertentu.Setiap kata akan membuka seribu kata yang lain.Setiap seribu kata akan membuka seribu makna yang lain.Dan setiap seribu makna,menyimpan seribu kuasa yang terpendam.Tetapi anak cucu ke sini bukanlah untuk memilih yang mana dahulu perlu dibuka.Anak cucu ke sini adalah untuk memahami mengapa katakunci ini dibuka untuk kalian.
Sebabnya hamba sudah pilihkan untuk kalian.Lihat peti-peti rahsia di sana.Salah satunya akan dibuka hari ini.Jadi,yang mana satu?Pandang tulisan-tulisan di atas pasir,di sana ada katakunci yang akan kalian gunakan untuk membuka salah satu peti itu.
Ini kuncinya,pergi buka peti yang bertanda,'Laut dan Bahtera'
'THE VIKING OF THE ORIENT'
"They were Africa's Vikings. Tough, daring voyagers who sailed thousands of miles...."
(Rory Carroll -The Guardian)
Laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan.Ia ibarat irama dan lagu.Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran.Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique (manuskrip Inggeris menyebutnya sebagai Henry)?Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia?
Selain Phoenicia,Norseman dan Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut.SEjak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini.Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India.Ini yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.
Selain tujuan Magellan mengambil Hitam sebagai jurubahasa kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di Kepulauan Melayu dan Pasifik,Magellan ingin memanfaatkan satu bakat turun-temurun yang diwarisi oleh Hitam.Sebab itu setelah Magellan mati dibunuh,Hitam atau Enrique telah dilantik oleh kru kapal lain sebagai nakhoda atau kapten kapal salah satu kapal Magellanyang terselamat.Aneh bukan?Ini bermakna Hitam bukan calang-calang anak kapal di dalam kapal Magellan.
Kemahiran Hitam mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia.Selepas kematian Magellan dalam peperangan Humabon dengan Lapulapu (keduanya adalah ketua puak di Filipina),saki-baki anak kapal meneruskan pelayaran kembali ke Eropah,namun mereka seakan hilang punca ketika di laut.Ketika itu Hitam diangkat sebagai nakhoda kepada salah satu kapal (menariknya,ini disahkan dalam catatan Duarte Barbossa,salah seorang anak kapal) dan kapal inilah yang belayar memimpin kapal-kapal yang lain (3 kapal yang tinggal dari 5 kapal iaitu San Antonio, Conception, Victoria, Santiago dan kapal Magellan sendiri,Trinidad ) menuju Eropah.Apabila sampai di Sepanyol,mereka disambut meriah walaupun sedih dengan kematian Magellan.Nama El Cano (salah satu nakhoda kapal,Juan Sebastián del Cano) disebut-sebut sebagai wira yang berjaya melengkapkan pelayaran.Nama Enrique tenggelam kerana beliau bukan berbangsa Sepanyol.Ini adalah secebis kisah tentang Hitam atau dalam versi lain Awang,catatan Sepanyol dan Portugis menggelarnya sebagai Enrique dan Inggeris mengetahuinya sebagai Henry The Black.
Orang Melayu mempunyai seni pelayaran yang dipanggil “psycho-navigation.” Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia.Psycho-navigation bermaksud orang Melayu boleh bersampan dari satu pulau ke pulau lain tanpa alat bantuan pelayaran.Namun mereka boleh berbuat sebegitu seperti halnya memandu di lebuh raya.Orang Melayu dikenali boleh membina kapal laut,perahu dan juga sampan tanpa menggunakan pelan.Segala binaan perahu itu juga boleh diistilahkan sebagai psycho-shipbuilding.Melayu adalah pelayar,pelaut,pengembara,lanun,pedagang dan tukang kapal yang dikenali umum oleh masyarakat dunia purba.Melayu dan Bani Jawi adalah 'seafarers' yang tinggi pengalaman mereka berkenaan laut sehingga dikatakan mereka ini lahir dari atas lautan dan bayu ombak.
Kapal-kapal Bani Jawi
*Ukiran kapal Nusantara di sebuah candi di Indonesia
Inovasi tukang perahu Melayu boleh dilihat pada silih bergantinya rekabentuk perahu yang mereka bina, termasuk jenis kemudi, abah-abah dan layar.Kini, bentuk perahu yang disebut dalam sastera Melayu lama, seperti jong, keci dan katar telah tidak kedengaran lagi. Bentuk-bentuk perahu itu sudah diganti dengan yang baru yang lebih kecil dan efisyen untuk pelayaran di laut kepulauan Melayu yang mulai sibuk setelah kedatangan kapal dari Eropah, selain lebih
senang untuk mengelak dari ditahan kapal peronda yang menguatkuasakan monopoli perdagangan Inggeris dan Belanda. Perubahan bentuk perahu itu disusuli perubahan jenis kemudi: dari kemudi birai kepada kemudi tetap dilinggi belakang.Untuk mendapat kuasa maksimum, layar empat segi yang biasa digunakan perahu Melayu itu telah juga diganti dengan layar empat segi yang lebih luwes dan yang boleh dinaikkan dan diturunkan menggunakan puli.Layar cucur juga adalah perkembangan baru kerana ia tidak terdapat pada perahu Melayu sebelum abad ke-18 (Gibson Hill 1954). Perubahan-perubahan itu adalah sebahagian daripada proses peniruan dan penyesuaian dengan berpandukan model kapal-kapal India, Cina, Arab dan terakhir sekali Eropah yang sampai ke Alam Melayu seiring dengan perkembangan perdagangan. Penyesuaian ini bukanlah secara ikut-ikutan; sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dan sumber yang sedia ada.
Perahu bedar yang digunakan sehingga abad ke-20 adalah satu lagi inovasi hasil penggabungan pelbagai pengaruh. Badannya yang meruncing di keduadua hujung itu berbentuk tipikal perahu Melayu, walaupun linggi dipasang di atas lunas dan bukan disambung seperti yang terdapat pada kebanyakan perahu yang lebih awal, termasuk kolek. Bentuknya dipanggil belakang katup, manakala deknya dipanggil dandang dipasang di atas birai belakang untuk meletakkan kub atau rumah perahu. Kemudi di belakangnya itu adalah sama dengan kemudi pada perahu Cina dan Barat kerana dipasang dengan halkah kepada linggi belakang dan dikendali dengan uling-uling di atas dandang. Perahu bedar mempunyai tiang sprit untuk mengikat layar cucur seperti kapal Eropah, manakala layarnya sama seperti wangkang Cina kerana menggunakan satu atau dua layar apit yang dibuat dari tikar kercut dan rotan.
Kemampuan tukang dan artisan perahu Melayu yang lain membuat inovasi telah diperhatikan pegawai tadbir Inggeris ketika mereka berkhidmat di negerinegeri Melayu masa dahulu. Mereka itu termasuk Hugh Clifford yang pernah melawat Terengganu pada tahun 1895. Dalam lawatan itu, beliau telah menyatakan bahawa tukang perahu di Terengganu boleh membuat perahu bentuk barat yang cantik setelah meniru sebuah model yang diperolehi dari Singapura. Hasil kerja tangan tukang Terengganu itu lebih kemas dan cantik berbanding dengan hasil
kerja tukang perahu lain di pantai barat Semenanjung. Tetapi, dengan nada yang sinis Clifford menganggap kepandaian ini lebih berupa peniruan dan bukan hasil kreativiti, memandangkan orang Melayu terlalu terikat kepada tradisi .
Kreativiti tukang timbal lebih terserlah pada ukiran yang ditunjukkan pada beberapa bahagian perahu mereka. Yang komited pada agama akan mengelak dari mengukir imej yang menyerupai manusia dan binatang, selain menekankan ukiran yang berbentuk ayat al-Quran, seperti yang dilakukan tukang rumah. Bahagian perahu yang tidak sesuai diukirkan ayat al-Quran seperti pada kayu penyangga layar yang biasa dikenali sebagai bangau yang mungkin akan
dilangkah berulangkali oleh awak-awak ketika bekerja, ayat al-Quran akan diganti dengan ukiran awan larat yang mempunyai motif umbi, sulur, daun dan bunga yang membawa nilai keindahan dan simbolisme yang sama, iaitu kemakmuran dan infiniti Tuhan. Di kalangan orang yang masih kuat berpegang kepada anamisme, peralatan perahu seperti ‘Bangau’ dan ‘Okok’ akan memaparkan figur tokoh-tokoh wayang kulit, seperti Raja Bota.
Sementara itu, penampilan awan larat adalah alternatif dan juga inovasi menggantikan penampilan lembaga manusia atau haiwan seperti yang berlaku di Thailand, Kemboja dan Bali.
Selain evolusi bentuk perahu, terdapat beberapa peralatan tambahan telah
dipasang pada perahu Melayu, khususnya yang digunakan nelayan sekarang. Peralatan yang dimaksudkan itu adalah lunas bilga, yang dalam istilah tempatan dipanggil pisang yang berfungsi untuk menggurangkan olengan kapal. Pisang ini adalah pengubahsuaian dari katir (outriger) yang terdapat pada kebanyakan perahu di Alam Melayu dan Polinesia. Walaupun belum dapat dipastikan dari mana dan bila bermulanya inovasi ini, tetapi dalam industri pembinaan perahu
Melayu, pisang mungkin telah digunapakai sekitar tahun 70-an dan mungkin diambil dari perahu Siam.
Kini warisan seni pembuatan dan pertukangan kapal-kapal Nusantara di Malaysia diwarisi oleh tukang-tukang dari Terengganu.Contohnya Haji Yusuf yang banyak memenangi anugerah inovasi dalam pembuatan kapal dari kerajaan.Pengetahuannya mereka pelan dan membuat perahu layar membolehkannya mendapat tempahan dari pengemar-pengemar perahu
layar dari Eropah yang tertarik dengan kaedah pembuatan perahu Melayu.Sejak tahun 1965 dia telah membuat perahu untuk orang Eropah.Perahu buatannya telah sampai ke seluruh dunia sehingga ke Alaska.Beliau juga menerima tempahan membuat bot nelayan dan kapal persiaran. Sehingga kini, beliau telah membuat lebih seratus buah perahu yang panjangnya antara 20 hingga 30 meter untuk pelanggan dalam dan luar negara.
Kapal Pinisi (sejenis perahu besar dikenali sebagai Pinis Gobel Terengganu) adalah kapal yang dibuat terutamanya dari kalangan orang Bugis,satu kaum Nusantara yang terkenal sebagai pelaut,pedagang dan lanun yang berkemahiran tinggi.Perbezaan yang ketara dari pembuatan perahu pinisi dengan teknologi pembuatan kapal Barat adalah,jika orang Barat membina perahu dari rangkanya dulu barulah dibina dindingnya,tapi pembuatan pinisi tradisi dimulakan dengan dinding dulu barulah setelah itu dibina rangkanya.Segala teknik dan peraturan pembuatan perahu zaman dulu pernah dibukukan di dalam satu manuskrip atau kitab pembuatan kapal kuno yang dinamakan "Jaya Langkara" menurut orang-orang tua di Ara,Indonesia malah kitab itu pernah dipinjam oleh Belanda,malangnya hingga kini belum dikembalikan (disimpan di dalam muzium Belanda).Sedangkan prinsip perletakan papan papan teras dan aturan aturan dasar lainnya dalam pembuatan pinisi ini disusun oleh Ruling (orang Bugis yang menjadi tukang timbal atau tukang kapal).Sampai sekarang dalam pembuatan perahu pinisi aturan Ruling inilah yang menjadi panduannya.Disamping itu orang Bugis memiliki undang undang pelayaran dan perdagangan yang disusun oleh "Ammana Gappa" yang namanya sempat diabadikan pada pelayaran expedisi pinisi ke Madagaskar.
*Orang Melayu Champa sedang berlayar dengan kapal perang mereka.Dari relief di Angkor.
Orang-orang Jawa adalah satu lagi keturunan Bani Jawi yang terkenal sebagai para pembina kapal yang hebat.Salah satu kapal mereka yang terhebat ialah Jong Jawa yang disebut oleh para pengembara China sebagai 'Chuan'.
Malahan pelaut Portugis yang menjelajahi lautan pada pertengahan abad ke-16 itu menyebutkan, orang Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung Harapan, Afrika, dan Madagaskar. Ia mendapati penduduk Tanjung Harapan awal abad ke-16 berkulit coklat seperti orang Jawa. "Mereka mengaku keturunan Jawa," kata Couto, sebagaimana disalin oleh Anthony Reid dalam buku Sejarah Moden Awal Asia Tenggara.Tatkala pelaut Portugis mencapai perairan Asia Tenggara pada awal tahun 1500-an mereka menemui kawasan ini didominasi kapal-kapal Jong Jawa. Kapal dagang milik orang Jawa ini menguasai jalur rempah rempah yang sangat strategik, antara Maluku, Jawa, dan Melaka. Kota pelabuhan Melaka pada waktu itu berfungsi menjadi kota perniagaan orang Jawa dengan jong-jong mereka bersimpang-siur dari Tanah Jawa ke seluruh dunia dan singgah ke pelabuhan Melaka,Venice of The East.
Di sana banyak saudagar dan nakhoda kapal Jawa yang menetap dan sekaligus mengendalikan perdagangan antarabangsa. Tukang-tukang kayu Jawa yang berketerampilan membangun limbungan kapal di kota pelabuhan terbesar di Asia Tenggara itu. Bukti kepiawaian orang Jawa dalam bidang perkapalan juga ditemui pada relief Candi Borobudur yang menggambarkan perahu bercadik - kebelakangan ini disebut sebagai "Kapal Borobudur".
Pembinaan perahu bercadik sangat unik. Lambung perahu dibentuk sebagai menyambungkan papan-papan pada lunas kapal. Kemudian disambungkan pada pasak kayu tanpa menggunakan kerangka, baut, atau paku besi.Hujung haluan dan buritan kapal berbentuk lancip. Kapal ini dilengkapi dengan dua batang kemudi menyerupai dayung, serta layar berbentuk segi empat. Kapal Jawa jelas berbeza dengan kapal China yang lambungnya dikencangkan dengan bilah-bilah kayu dan paku besi. Selain itu kapal China memiliki kemudi tunggal yang dipasang pada palang rusuk buritan.
Kapal Borobudur telah memainkan peranan besar dalam segenap urusan orang Jawa di bidang pelayaran, selama beratus ratus tahun sebelum abad ke-13. Memasuki awal abad ke-8, peranan kapal Borobudur digeser oleh kapal kapal Jawa yang berukuran lebih besar,dengan tiga atau empat layar,dikenali sebagai Jong.Pelaut Portugis menyebut juncos,pelaut Itali menyebutnya sebagai zonchi.Istilah jong dipakai pertama kali dalam catatan perjalanan Rahib Odrico, Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta yang berlayar ke Nusantara, awal abad ke-14 mereka memuji kehebatan kapal Jawa berukuran raksasa sebagai penguasa laut Asia Tenggara.Teknologi pembuatan Jong tak jauh berbeza dengan warisan kapal Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakan paku.Gambaran tentang jung Jawa secara spesifik dilaporkan Alfonso de Albuquerque,komander armada Portugis yang menduduki Melaka pada 1511. Orang Portugis mengenali Jawa sebagai asal usul jong-jong terbesar.Kapal jenis ini digunakan angkatan laut kerajaan Jawa (Demak) untuk menyerang armada Portugis.
Disebutkan,jong Jawa memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan berlapis empat serta mampu menahan tembakan meriam kapal kapal Portugis.Muatan jong rata-rata sekitar 600 ton, melebihi kapal perang Portugis.Jong terbesar dari Kerajaan Demak muatannya mencapai 1000 ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Jawa untuk menyerang armada Portugis di Melaka pada 1513.Boleh juga dikatakan,kapal jong jawa ini dibandingkan dengan kapal induk di era moden sekarang ini.
"Anunciada (kapal Portugis yang terbesar yang berada di Melaka pada tahun 1511) sama sekali tidak menyerupai sebuah kapal bila digandingkan dengan Jong Jawa." catat pelaut Portugis Tom Pires dalam Suma Oriental (1515). Hanya kerana jong Jawa raksasa ini, menurut Tome Pires, lambat bergerak ketika bertempur dengan kapal-kapal Portugis yang lebih ringan dan lincah.Dengan begitu, armada Portugis mampu menghalau jong Jawa dari perairan Melaka.
Ada pendapat istilah jung berasal dari kata 'chuan' dari bahasa Mandarin yang bererti perahu.Namun perubahan pengucapan dari 'chuan' menjadi jung nampaknya terlalu jauh. Yang lebih mendekati adalah "jong' dalam bahasa Jawa yang ertinya kapal. Ini dikuatkan dalam bukti bertulis,kata jong dapat ditemui dalam sejumlah prasasti Jawa kuno abad ke 9. Undang-undang laut Melayu yang disusun pada abad ke-15 (lihat,orang Melayu bukan sahaja membina kapal malah menggubal undang-undang laut juga-Seafarers Codex!) juga menggunakan kata jong untuk menyebut kapal pengangkut barang.
Jong pada abad ke-15 hingga ke-16 tidak hanya digunakan pada pelaut Jawa. Para pelaut Melayu Semenanjung dan China juga menggunakan kapal layar jenis ini (sehingga menjadi popular di kalangan orang China dengan identiti jong mereka padahal jong berasal dari orang Melayu/Jawa).Jong memegang peranan penting dalam perdagangan Asia Tenggara masa lampau. Ia menyatukan jalur perdagangan Asia Tengara yang meliputi Champa (hujung selatan Vietnam),Ayutthaya (Thailand),Aceh,Melaka dan Makassar.
Selepas dijajah Belanda,orang Jawa sudah tidak lagi punya limbungan kapal dan pembuatan jong pun merosot setelah perdagangan pulau Jawa dikawal oleh penjajah Belanda.Pegawai Maskapai bagi Syarikat Hindia-Belanda (VOC) di Batavia melaporkan pada 1677, bahawa orang-orang Mataram di Jawa Tengah tidak lagi memiliki kapal-kapal besar.
Dari The Land of The East Hingga ke Tanah Kanaan:Misteri 'Prau' Melayu
Salah satu dari bukti sejarah yang mengesahkan orang Nusantara pernah berlayar hingga ke pelabuhan Firaun dan raja Sumeria ialah legenda kapal-kapal Bani Jawi yang membawa emas,gaharu,cendana,rempah,kapur barus dan kemenyan.Ketika itu tamadun di dunia sebelah sini mencapai klimaksnya (dan ini akan diterangkan di dalam artikel The Land of The Gods II) sebagaimana ketika itu Kerajaan Israel Raya yang diperintah oleh dua Raja yang bertaraf Rasul David dan Solomon (Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman).Kerajaan Nabi Sulaiman a.s ketika itu adalah kuasa dunia,sepertimana Amerika Syarikat pada hari ini.Tiada satu pun kerajaan yang sehebat kerajaan Nabi Sulaiman.Raja-raja Mala dan Jawi juga mengadap 'Raja Sulaiman' untuk meminta nasihat dan perlindungan ketika itu.
Para pelaut yang dikesan berbahasa Malayo-Polinesian (Bani Jawi) adalah diketahui merupakan pelayar yang berkemahiran dan mampu menyeberangi lautan luas dalam jarak yang jauh.Orang Malagasy (berasal dari keturunan Melayu) telah berlayar dari Kepulauan Melayu hingga ke Madagaskar,sebuah pulau di Lautan Hindi berdekatan Benua Afrika.Sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun sebelum kedatangan bangsa Eropah,orang Makasar (Bugis) di Sulawesi telah berlayar dengan 'prau' mereka (sebutan Inggeris untuk 'perahu') dan membuat penempatan di utara pantai Australia yang digelar mereka sebagai 'Merege'.Di dalam kebanyakan bahasa kelompok Malayo-Polinesian,perkataan untuk perahu,kapal dengan penempatan atau kampung sering bertukar makna dari kaum ke kaum,seperti perahu atau parao,prau dan barangay yang bermakna 'kapal' atau 'kampung'.
Perahu Melayu atau 'prau'/'parao' (pharaoh?) kemungkinan besar telah sampai ke bumi para Firaun di Mesir.Ini berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba.Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang disebut sebagai Dilmun,Magan dan Melluha,telah disebut di dalam prasasti-prasasti sastera Akkadia dan Sumeria.Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah,adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia.Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun' dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat.Dipercayai,perdagangan maritim besar-besaran telah terjadi di antara penempatan orang-orang berbahasa Malayo-Polinesian dari Pasifik hingga ke Lautan Hindi pada masa silam.Bukti-bukti arkeologi dan rekod-rekod terawal India dan China menunjukkan penduduk Pengasinan telah berurusan dengan orang luar seawal abad ke-8 hingga abad ke-10 Masehi dan catatan ini merekodkan perdagangan pedagang China dengan orang-orang Pengasinan.Malah ketua kaum di Pengasinan juga pernah melawat China.Ingat,para pelaut Sepanyol dan Portugis berebut ke Nusantara adalah untuk mencari jalan kuno 'Ophir' yang menjadi 'The King Solomon's Mines' pada zaman purba.Ini dijelaskan dalam manuskrip pengembara Sepanyol,Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.Sila rujuk artikel 'The King Solomon's Mines'.
Hari ini para pengkaji telah menjumpai persamaan perkataan Melayu Kuno era Srivijaya dengan bahasa Assyria,Sumeria dan Ibrani Kuno,menunjukkan satu hubungan yang aneh,contohnya:
Ancient Malay
Abah (father,be dense)
Datu,Datuk (a royal edict)
Lahat (Tower)
Mura (fear)
Saka (to roam)
Ancient Hebrew
Abba
Dath (ingat Darth Vader?)
Lahat
Moora
Shakah (ya,ini adalah hantu saka yang berpindah dari seseorang ke keturunannya)
......
.....
......
.....
.....
(*Dan senarai ini amat panjang dalam kajian dari dokumen rahsia ini,dan kami telah menjumpai satu hakikat yang amat mengejutkan berkaitan asal-usul Melayu dan Mala dan ini amat kena dengan petunjuk di dalam Diari Lodgekeeper...kami akan sentuh dalam artikel The Land of The Gods II)
Ini menunjukkan terdapat hubungan perdagangan antarabangsa pada masa dahulu antara kerajaan Melayu Srivijaya (dan kerajaan-kerajaan Melayu Kuno yang diwarisi Srivijaya) dengan pedagang Yahudi,Parsi,Sumeria dan Mesir.
Enpayar-empayar Melayu-Jawa seperti Srivijaya dan Majapahit yang pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara menyaksikan peningkatan teknologi kapal dan perdagangan maritim.Ini disambut dengan Langkasuka sebagai kerajaan yang mengawal perdagangan di Indochina ketika itu.Kedua-dua empayar ini telah mempengaruhi banyak aspek kebudayaan penduduk Asia Tenggara,dari ukiran,tarian kebudayaan dan bahasa (penduduk Indochina dipengaruhi aspek ukiran,kesenian dan tarian,Kepulauan Melayu dipengaruhi bahasa,pakaian dan budaya harian).Kemerosotan kedua empayar ini sehingga melenyapkannya menyebabkan kerancakan perdagangan maritim turut mengalami kesannya yang ketara di seluruh Asia Tenggara.
Viking Timur Jauh:Catatan-catatan conquistador,pengembara Eropah dan rekod Maharaja China
Bangsa Mala adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod Emperium China yang berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHAN-PELABUHAN CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah satu pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan angin,memperbaharui bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan Pasifik.
Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China tercatat perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang.
“Further information is to be found in the I-ch’ieh-ching yin-i,a dictionary compiled by Huei-lin which according to Pelliot was completed in A.D. 817. Huei-lin gives a number of instances of po and includes the following passage:
“Ssu-ma Piao, in his commentary on Chuang Tzü, says: “large ocean-going ships are called po”. According to the Kuang ya: ‘po is an ocean-going ship”. It has a draught of 60 feet (!). It is fast and carries 1000 men as well as merchandise. It is also called k’un-lun-po’.
-Christie (1957), pp. 347-348.
Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini:
“By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails (Johnstone, 1980: 191-92)
Di dalam keterangan di atas,orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana diterangkan sebagai "as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade".Dan pada pada era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail, made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.
Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:
Menurut catatan Manguin,seorang sarjana Eropah:
"Keterangan orang-orang China berkenaan kapal-kapal Melayu adalah seawal abad ketiga Masehi,menunjukkan kapal-kapal layar Melayu,iaitu jong (perkataan Melayu),sebuah kapal dengan lambung kapal yang berlapis-lapis.Perkataan Inggeris,junk selalu dirujuk sebagai kapal orang-orang China,sebenarnya kata ambilan dari kapal jong Melayu.Orang China juga mengenali bahawa perkataan mereka bagi kapal-kapal Kunlun (sebutan orang China bagi penduduk Melayu) iaitu buo adalah perkataan asing yang dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa China" (Manguin, 1980: 266-67, 274)
Manguin mencatatkan lagi:
"Secara purata,sebuah jong harus membawa empat hingga lima ratus metrik ton,namun sekurang-kurangnya sebuah jong cukup untuk membawa 1000 ton.Lapisan badan kapal dihubungkan dengan menggunakan tanggam:tiada bahan logam seperti paku digunakan dalam pembinaan kapal hebat mereka.Sesetengah bahagian-bahagian kapal kecil kapal digabungkan dengan menggunakan serat tumbuhan,tetapi ini bukan amalan pembuatan kapal besar.Sebuah jong biasanya mempunyai 2 hingga 4 tiang kapal termasuk tiang cucur (bowsprit),sebagaimana dua kemudi yang terpasang di kedua belah.Gandung kapal (outrigger),direka untuk menyeimbangkan kapal,di mana digunakan pada banyak kapal namun bukanlah karakteristik kapal yang berlayar di lautan kasar" (Manguin, 1980: 268-74)
Dan orang-orang Melayu juga adalah orang pertama yang menemukan teknologi layar 'balance-lug sail' dan ini diakui oleh para sarjana sejarah perkapalan dunia:
"The Malays were also the first to use a balance-lug sail, an invention of global significance. Balance-lugs are square sails set fore and aft and tilted down at the end. They can be pivoted sideways, which makes it possible to sail into the oncoming wind at an angle of to tack against the wind – to sail at an angle first one way and then the other, in a zigzag pattern, so as to go in the direction from which the wind is blowing. Because of the way the sides of the sail were tilted, from a distance it looked somewhat triangular. . . . It is thus quite likely that the Malay balance-lug was the inspiration for the triangular lateen sail, which was developed by sailors living on either side of the Malays, the Polynesians to their east and the Arabs to their west.
Precisely when the Polynesians and the Arabs began using the lateen sail remains unknown, but it would seem to have been in the last centuries B.C.E. It is known that the Arabs in the vicinity of the Indian Ocean were accomplished sailors by the first century C.E. and both they and the Polynesians apparently had the lateen sail by then" (Hourani, 1951: 102).
Di bahagian laut selatan India,orang-orang dari India telah mengambil peranan aktif di dalam perdagangan dan penjelajahan.Dan ini diketahui umum antara sebab agama dan kebudayaan dari India mempengaruhi budaya Asia Tenggara.Namun,di Asia Tenggara sendiri,jika kita ingin bercakap tentang perdagangan maritim,orang-orang Melayu adalah peneraju aktif dan penggerak perdagangan yang gigih.Petunjuk tentang peranan orang-orang Melayu ini ada dicatatkan seperti yang diberikan oleh Periplus,seorang sarjana:
“[There] are the marts of Camara and Poduce and Sopatma [on the Coromandel Coast of south-east India], where are local ships which sail along the coast as far as Limyrice, and others which are very large vessels made of single logs bound together and called sangara; those that cross over to Chryse and the Ganges are called colandiophonta and are the largest.”
Kedua-dua istilah sangara (yang bermaksud gandang kapal) dan colandiphonta (ingat Kunlun atau Kolan,merujuk kepada pelaut Melayu) adalah diyakini para sarjana lebih merujuk kepada orang-orang Melayu atau Indonesia berbanding orang India.Ini dibuktikan oleh rekod China (nasib baik Maharaja China menyimpan rekod tentang Melayu Kuno) di mana kata 'colondiophonta' diterangkan dengan lebih terperinci,di bawah nama 'Kunlun Po',dan mengesahkan kapal ini benar-benar besar.Ciri-ciri ini dijelaskan oleh Sitwell,seorang cendekiawan Eropah:
"...Some of them could be over 200 feet long, and carry six or seven hundred men and some nine hundred tons of cargo – which makes them perhaps a shade larger than those other leviathans of the Ancient World, the grain-ships that plied between Alexandria and Rome. They were also probably faster: even the largest Roman ships usually managed with a single enormous square sail, whereas a K’un-lu p’o had four sails and may even have arranged them in the fore-and-aft rig, like a schooner.” Sitwell (1984), pp. 146-147.
Jika orang-orang Rom berbangga dengan kapal perang mereka ketika berada di Laut Mediteranean,perasaan bangga ini mungkin bertukar sebaliknya apabila berhadapan dengan kapal-kapal pedagang Melayu ini (Kunlun Po) ketika perjalanan mereka ke Afrika atau ke Teluk Parsi.Kapal-kapal yang besar ini dengan teknologi perkapalan yang canggih tanpa menggunakan paku (ini ciri khas seni pertukangan dan arkitek Melayu Purba,sepertimana pembinaan istana dan rumah),teknologi imbangan kapal dan sistem layar yang dinamik,menunjukkan ada tamadun purba yang hilang di Kepulauan Melayu,yang amat maju dan makmur,sejak kita tahu tentang penemuan penyelidik USM tentang puing-puing kilang-kilang melebur besi di Lembah Bujang dan tapak kota lama di Manjung dan Beruas.Jadi tidak hairanlah di dalam Hikayat Merong Mahawangsa ada diceritakan tentang putera Rom yang berlayar untuk majlis perkahwinannya dengan puteri China,kemungkinan besar putera Rom ini menyewa kapal 'Kunlun Po' ini,kapal besar Melayu dahulukala untuk menemui puteri China.
Orang-orang Melayu Nusantara juga orang pertama yang menggunakan takal bulat berbanding ketika itu pelaut Arab dan China menggunakan takal segitiga.Ini kerana Tamadun Purba Melayu adalah pencipta takal bulat.
Kapal-kapal orang Rom dan Arab mendominasi perdagangan dari Mesir ke India,namun majoriti perdagangan di antara India dan China dijalankan oleh kapal-kapal Melayu dan India.Ketika itu orang-orang China agak gerun dengan keadaan laut di selatan dan kurang berpengalaman dengan keganasan ombak dan perubahan angin di sekitar Kepulauan Melayu (Ini antara sebab kegagalan misi Monggol menawan Pulau Jawa dan menghalang armada China menawan Kepulauan Melayu).Holmgren,seorang sejarahwan Inggeris menulis:
"Alasan kekurangan minat orang China kepada perdagangan laut di sebelah selatan sebenarnya hanya dugaan dan sangkaan sahaja.Sebenarnya orang-orang China berasa takut dan tidak yakin untuk berlayar merapati pantai-pantai laut selatan yang berbahaya dan berisiko tinggi dengan perubahan angin monsun yang aneh,walhal orang Melayu,India dan Arab telah lama belajar secukupnya tentang angin bermusim dan pemanduan pelayaran untuk menghadapi lautan terbuka.Para pegawai di pelabuhan China Selatan,tidak menggalakkan aktiviti perdagangan yang tidak terkawal-satu polisi yang menggambarkan ciri pelabuhan di kerajaan tengah India.Hanya selepas kemungkinan tarikan komersil di zon perdagangan laut selatan menjadi ketara di abad kedua,perdagangan di laut selatan mula diterima secara rasmi namun dibataskan kepada setakat pelabuhan Vietnam,Chiou-Chi.Pelabuhan Canton pula hanya digunakan pada abad ke-6 Masehi.Secara mudah,dan tidak diragukan lagi ia lebih bertujuan untuk mengawal kelompok-kelompok pedagang Asia Tenggara yang beroperasi secara bermusim dari usaha untuk menggalakkan perkembangan perkapalan orang China.Komuniti pedagang yang digelar Po-ssu di pelabuhan-pelabuhan China yang dirujuk oleh rekod China pada awal abad Masehi adalah pedagang Sumatera atau Semenanjung Tanah Melayu yang berdagang wangi-wangian Parsi,kayu gaharu,kemenyan serta mutiara yang dibuat atau dikumpulkan dari hutan-hutan tropika dan pantai-pantai dari seluruh Asia Tenggara.Dalam banyak kes,inisiatif di dalam perdagangan antara China di utara dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera di selatan adalah hampir semuanya digerakkan oleh pedagang Melayu.Jika pedagang China cuba mendekati laut selatan,mereka berbuat demikian mungkin hanya sebagai penumpang dalam kapal 'Po-ssu' yang dikendalikan oleh orang Melayu atau Indonesia"
(Holmgren (1980), p. 76)
Ini menunjukkan pengiktirafan yang tinggi para sarjana sejarah perkapalan Barat terhadap kemampuan,kemahiran dan bakat yang ada pada orang di Nusantara (China menyebutnya sebagai Kunlun) sebagai 'The King of Sea'.
Beberapa catatan Barat seterusnya mengenai kemahiran terahsia bangsa Melayu yang tidak diketahui oleh anak-anak Melayu era siber dan rempit ini:
Dari Jones,sejarahwan Eropah:
"Ketika musim sejuk,kesejukan di Asia Tengah menyebabkan ketumpatan udara menjadi berat,ketika udara di laut lebih hangat dan ringan.Perbezaan dalam ketumpatan ini menyebabkan udara berat dari Asia Tengah menghembus menentang udara laut yang ringan,oleh itu dari Disember ke Mac angin kering dari Asia Tengah menghembus ke seluruh benua menuju ke lautan.Ketika bulan-bulan tertentu,angin ini adalah amat sukar diramal (ini yang digeruni oleh pelaut China).Walaupun ketika musim luruh,perubahan arah angin secara kasarnya lebih cepat,di dalam bulan April,pertukaran angin musim bunga dari dalam ke luar adalah lembab menyebabkan kesempatanvterjadinya jenis angin yang pelbagai dari September ke November.Mengambil kesempatan dari corak angin bermusim ini,para pelaut Melayu mula mengawal angin monsun dan 'menunggangnya'.Mereka berlayar dengan angin di belakang mereka,dengan ini mereka telah berlayar beribu batu ke destinasi yang jauh-jauh.Kemudian mereka menunggu sehingga angin bertukar arah,di mana ini membenarkan mereka berlayar pulang ke rumah,dengan angin tetap di belakang mereka,menolak mereka ke kampung halaman dengan mudah.
Jones menambah:
"Setakat ini,cuma sedikit persamaan pendapat melihat kepada bilakah pelaut Melayu pertama mencapai pantai timur Afrika dan Madagaskar,lebih dari 3000 batu ke barat,namun sesetengah percaya ia terjadi pada awal abad pertama Masehi.Dengan tarikh yang masih misteri bilakah mereka tiba di Afrika,dalam proses pelayaran merentasi beribu batu lautan selatan,para pelaut Melayu ini ini menyaksikan bahawa mereka membawa sejumlah tumbuh-tumbuhan dari Asia ke Afrika,termasuk pisang,kelapa dan cocoyam (sejenis ubi di Afrika Barat di mana terma cocoyam ini diceduk dari perkataan Melayu).Irama dari xylofon juga diceduk dari orang Melayu ke Afrika walaupun diketahui bagaimana alat muzik ini datang dari Afrika Timur ke Afrika Barat,di mana ia masih kedengaran hari ini,tetap meninggalkan sebab yang kontroversi" (Jones, 1971: 115–19).
Perhatikan catatan yang dikutip dari pengembara Eropah oleh pengkaji:
"The Malay sailors may also have been riding the monsoons of the Indian Ocean to supply the Mediterranean market with cinnamon – a product of southern China – even before the development of an overland or overseas silk route. The Greek word for cinnamon was derived from a Malayo-Polynesian word, through Phoenician and Hebrew. Even though cinnamon was never grown commercially in Africa, Egyptian and Hebrew texts dated to the first millennium B.C.E. speak of cinnamon coming from Africa, leading several scholars to suggest that Malay sailors were responsible for bringing this cinnamon from the coasts of the South China Sea to East Africa. Pliny, writing in the first century C.E., describes an already well-developed trade in cinnamon. The men who brought the cinnamon “put out to sea . . . when the east winds are blowing their hardest; these winds drive them on a straight course . . . from gulf to gulf.” Pliny calls their vessels “rafts,” a plausible but mistaken description of the Malays’ double outrigger canoe (Taylor, 1976: 45). The cinnamon they provided could then have been traded north by the East Africans until it reached Ethiopia, where Mediterranean merchants purchased it.
There is also a thirteenth-century Arab text that refers to a Malay settlement in the vicinity of Aden sometime around the Roman conquest of Egypt in 31 B.C.E. Vast fleets of Malay outrigger canoes came and went from this place, it tells us, but eventually the settlers “grew weak, lost their seafaring skills, and were overrun by neighbouring peoples.” (Taylor, 1976: 25, 39). According to the text, this happened after Egypt’s decline, and scholars have tentatively dated the settlement to the first century CE.
At roughly the same time Malay communities were established on the island of Madagascar, some 250 miles off the East African coast, where their descendants still constitute the majority of the island’s population and Malayo-Polynesian languages are still spoken today by almost all. Given the many clusters of islands in the Indian Ocean and the Malay use of islands for navigating, their likely route to East Africa would have been by way of such island clusters, namely, the Maldives, the Chagos, the Seychelles, and the Comores (Taylor, 1976: 30, 45–46).” Shaffer (1996), pp. 15-16.
Perhatikan perdagangan kulit kayu manis oleh para pedagang Melayu sehingga mencapai Yunani (Greece),Phoenicia (Kanaan Kuno) dan Yahudi Kuno (Hebrew) sehinggakan kata 'cinnamon' dalam bahasa Yunani dikatakan oleh pengkaji ini diceduk dari perkataan Melayu Kuno selepas diubahsuai dari perkataan Phoenicia dan Yahudi.Di kota purba Aden (Di Yaman kini) terdapat penempatan para pedagang Melayu menurut teks Arab kurun ke 13.Maka tidak hairanlah rempah-rempah dan harum-haruman boleh tiba di istana Firaun dan benih-benih bunga-bungaan dan pokok-pokok tropika boleh tiba di kota Babilon.
Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi,sejarahwan Arab Kuno telah mencatatkan:
"Penduduk Zabaj telah berlayar ke Sofala dan mengeksport besi dari sana,membekalkannya ke seluruh India.Tiada besi yang mampu dibandingkan dengan mutu dan kehalusan buatan dari Zabaj ini.Penduduk Zabaj kerap dipanggil di Zanj di dalam kedua-dua kapal besar dan kecil mereka dan berdagang barangan dengan mereka,sebagaimana mereka memahami behasa masing-masing"
Zabaj adalah panggilan orang Arab bagi Srivijaya,empayar maritim Melayu terbesar di Asia Tenggara.Di sini kita tahu sejak zaman Srivijaya,orang Melayu sudah pandai mengeksport besi pula ke India!
Situasi Empayar Srivijaya yang memiliki kapal-kapal yang menakjubkan (contohnya Lancang Kuning yang dinaiki Emperor-emperor Srivijaya) disentuh oleh seorang pakar perkapalan Jerman,Horts H.Liebner ketika ditemuramah oleh The Jakarta Post:
"Five hundred years before groups of ocean conquistadors from Portugal began their journey to look for new territories, ships from the islands now known as Indonesia were traveling around Asian waterswith very advanced technology.
The preliminary scientific reconstruction of a shipwreck recovered from the Java Sea found that the ship had better technology than those from Europe,China or Japan.The ship,believed to have sunk between 930 AD and 990 AD in a storm, was also bigger and better constructed.Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships thatcould sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"
Renungkan bahtera besar yang diukir di candi Borobudur.Kemudian renungkan kata-kata PAKAR PERKAPALAN JERMAN ini.Adakah beliau berkata untuk menyedapkan hati orang Nusantara?Adakah sengaja mahu mengembangkuncupkan hidung orang-orang Melayu?Menaikkan punggung orang-orang Melayu ke paras maksima?Kemudian berjalan mendada tidak ingat dunia?TIDAK SAMA SEKALI.
Beliau bercakap melalui fakta sejarah dan pengalamannya dalam bidang maritim.Sudah tentu catatan tentang Kepulauan Melayu telah ada di dalam simpanan Empayar Austria-Hungary (Jerman sebelum Perang Dunia Pertama) dan Kerajaan Perancis.Perhatikan semula kata-katanya yang penuh makna tersirat ini:
"Our preliminary analysis concludes that the ship was 25 to 35 meters long and 12 meters wide. At that period, China still had no ships that could sail the oceans, while European ships were much smaller. Imagine,the ship Columbus used to sail to America and 15th century Europeanships were all less than 20 meters,"
Dan ini bertepatan dengan catatan para pengembara Eropah dan sarjana Inggeris seperti yang kita baca tadi.Semua ini menunjukkan Tamadun China banyak mendapat faedah dari pembelajaran mereka tentang pembuatan kapal dari orang-orang Nusantara khasnya para pelaut Melayu.Sebab itu kerajaan-kerajaan Melayu dahulu sukar dikalahkan melalui peperangan laut.Dan ini caranya Srivijaya,Majapahit dan Melaka menguasai Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Siam mampu mengalahkan Kedah dan Patani,namun bukan Melaka,kerana Melaka adalah warisan Emperor terakhir Srivijaya,'The Lord of Sea'.JIka Funan menggelar raja-raja mereka,'The Lord of Mountain' (gunung adalah katakunci terahsia Melayu yang lain),Emperor-emperor Srivijaya adalah 'Dewa-dewa laut' yang menggerunkan.Dalam Sulalatus Salatin,dikisahkan Melaka mampu mematahkan dua kali serangan Siam (era Ayutthaya).
Selain itu,Orang Sulu juga digeruni oleh penjajah Sepanyol,dan kemahiran ilmu laut Orang Sulu setanding dengan Orang Bugis.JIka Inggeris menganggap Orang Bugis sebagai lanun,Sepanyol juga menganggap Orang Sulu ini sebagai lanun yang kasar dan kejam (padahal merekalah bangsa yang kejam dan ganas)
*Dari relief di Bayon,menunjukkan tentera laut Champa sedang berperang.Perhatikan kapal perang mereka.
Di dalam Perang Kedah-Thai pada abad ke 19,ada diceritakan tentang kesukaran tentera Thai untuk mengalahkan tentera Kedah ketika peperangan di laut.Ini menyebabkan Thai menggunakan taktik pengecut yang sekian lama digunakan apabila berasa terancam dengan kekuatan musuh;meminta bantuan kuasa Eropah,dalam kes ini meminta bantuan Inggeris.Angkatan Tengku Kudin (Tengku Kudin dianggap Inggeris sebagai 'lanun' Melayu paling licik dan dikehendaki) telah dikepung di dalam Kota Kuala Kedah oleh kira-kira 80000 tentera Siam.Askar bantuan dihantar dari Sungai Perai,namun tiba-tiba dibedil Inggeris yang campurtangan setelah berpakat dengan Thai.Wan Muhammad Ali(anak Datuk Seri Kerma Jaya)yang begitu berjaya dalam kempen menentang tentera Thai di laut sebelum itu telah diserang dan dikejar oleh kapal perang Inggeris.Ilmu pelayaran dan teknologi pembuatan kapal layar yang ada pada orang Melayu nyata berguna pada Angkatan Wan Muhammad Ali yang berjaya menghindari kapal perang Inggeris.Dengan jong yang lebih ringan dan laju angkatan tersebut berjaya menjarakkan diri dari angkatan Inggeris dan belayar bersembunyi di selat-selat kecil di Langkawi.Namun Inggeris yang tidak berpuas hati telah maju ke Pulau Langkawi dan menyerang kubu dan merampas meriam-meriam orang Langkawi dikala tentera-tentera pengecut Thai menunggu-nunggu berita peperangan Inggeris dengan tentera laut Kedah yang sukar ditewaskan mereka itu.Wan Muhammad Ali terpaksa berundur ke Sumatra dan menetap di sana.
Kedah akhirnya berjaya menghalau tentera Thai setelah menyaksikan kelicikan Paduka Raja Jambangan atau Tunku Anum (Lelaki).Dengan helah dan tipu muslihatnya,Kedah dapat dibebaskan dari taklukan Thai.Beliau telah dianugerahkan wilayah Kubang Pasu sebagai negeri yang bebas dari Kedah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Dalam kempen yang diketuainya,Tunku Anum membiarkan dirinya menjadi tawanan raja Ligor untuk mengkaji kekuatan Angkatan Ligor yang merupakan penghasut utama kepada raja Thai supaya menyerang Kedah.
Berbalik kepada rekod tentang kapal-kapal Melayu,R.O Winstedt (ada juga pandangannya yang jujur),dalam bukunya,"A History of Johor' mencatatkan laporan dua askar Belanda tentang geliung-geliung Johor ketika perdagangan di Betawi dan Melaka:
Rekod dari Dargh Register pada tahun 1968 hanya mencatatkan satu lawatan oleh geliung Johor membawa barangan dari Gujerat.Pada April 1661,catatan Belanda:'Gonqua' dari Johor dengan sebuah kapal geliung,26 anak kapal...."
Pada abad ke 17 di Asia hanya Jepun dan beberapa kerajaan Asia Tenggara tertentu termasuk Kesultanan Johor diketahui mahir dalam membuat kapal geliung.Negara-negara Asia yang lain seperti India dan China ketika itu memiliki kapal-kapal besar namun ketidaksesuaian rekabentuk tradisional mereka tidak mampu menghadapi kapal-kapal pedagang Eropah yang dilengkapi persenjataan berbeza dengan tukang-tukang kapal Melayu yang membuat kapal mengikut kesesuaian keadaan dan pandai menggabungkannya dengan rekabentuk kapal-kapal asing.Kapal Bedar misalnya adalah revolusi kapal Melayu yang digabungkan dengan senibina kapal-kapal Eropah,dengan penambahan tiang cucur (bowsprit) gaya Eropah.
Perlu diingat sehingga awal abad ke-20,Johor adalah satu-satunya negeri Melayu yang tidak dinaungi Inggeris,dimana tidak menerima residen Inggeris.Johor menerima residen Inggeris secara rasminya pada tahun 1914,menunjukkan Tanah Melayu secara rasminya terjajah keseluruhannya bermula tarikh ini.Johor moden adalah warisan dari Empayar Johor-Riau,yang sebelum itu mewarisi saki-baki wilayah Empayar Kesultanan Melaka.Ketika kapal-kapal China kalah perang dengan Inggeris semasa siri Perang Candu dan kapal-kapal raja-raja Tamil dan Moghul musnah oleh privateer Inggeris yang menggunakan kapal jenis frigate yang pantas dan berkuasa tinggi (The Black Pearl dalam filem Pirates of Caribbean adalah contoh kapal jenis frigate),geliung-geliung Johor mundar-mandir di Selat Melaka tanpa diganggu oleh Belanda dan Inggeris.Kepantasan geliung Johor bergerak dengan sokongan meriam-meriam jarak dekat dan meriam mortar agak menggerunkan Inggeris untuk mendesak Sultan Abu Bakar menerima residen Inggeris.Sesetengah geliung juga mampu menempatkan meriam-meriam di hadapan kapal (seperti kapal The Flying Dutchman dengan triple cannonnya).Kecerdikan para tukang timbal kapal Melayu ketika itu membantu merevolusikan kapal Melayu dari jong hinggalah ke geliung menunjukkan mereka sekali lagi adalah 'The Lord of Sea' walaupun dihimpit penjajahan kuasa Eropah.Mereka mewarisi kemahiran para pembikin kapal Melayu yang membawa pelaut Melayu hingga ke Afrika dan Mediteranean,berdagang dengan kerajaan Israel Kuno serta bangsa purba Phoenicia dan Sumeria yang sudah pupus pada hari ini.Yang tinggal cuma bangsa Yahudi sahaja pada hari ini yang telah menubuhkan 'Israel Baru'.Menariknya,keturunan 'pelaut Melayu' yang gigih ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Yahudi Moden pada hari ini,tidak seperti di zaman Israel Raya (Daud dan Sulaiman),Samaria dan Israel Utara.
Kerajaan Aceh juga pernah menggunakan kapal jenis geliung ini,terutama ketika menghadapi serangan Portugis.Catatan dari conquistador Portugis:
"Dalam pertempuran 1583 kapal laksamana Coutinho telah dimusnahkan oleh geliung-geliung Aceh .Beberapa geliung Aceh juga turut musnah"
Kejayaan Aceh memusnahkan angkataan laut Portugis berhampiran Pulau Bintan pada tahun 1614 menjadikan mereka satu-satunya kerajaan di rantau ini yang pernah menewaskan sebuah kuasa Eropah dalam pertempuran laut .
Dalam perjalanan pulang mereka telah “singgah” di Melaka untuk membedil dan menenggelamkan kapal-kapal musuh yang sedang berlabuh.
*Perbandingan antara kapal Laksamana Cheng Ho (besar) dengan kapal Columbus.Mungkin beginilah kapal Lancang Kuning kenaikan Emperor Srivijaya dan Mendam Berahi.
Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia:
"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"
Perhatikan kata-kata ini:
""Her sides were so high...."
Menunjukkan geladak kapal yang lebih tinggi dari kapal-kapal Portugis ketika itu.Ini terbukti dengan kegagalan Portugis mahu menawan Aceh.Hanya Belanda yang mampu menekan Aceh kemudiannya setelah muncul sebagai kuasa laut Eropah yang baru ketika Sepanyol dan Portugis meniti zaman kemerosotan penjajahan maritim.
Begitulah kisah silam orang Melayu Nusantara yang gemilang.Bagaimana Tamadun Mesir dan Sumeria mengenal Dunia Melayu dengan rempah,kapur barus dan wangi-wangian kemenyan,dunia juga mengenal bangsa ini sebagai pelaut,pelayar dan pengembara maritim yang gagah.Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan sejarah bangsanya,namun dunia tidak pernah lupa kepada kegigihan para pelayar Melayu ini meredah ombak,merenung bintang-bintang di langit dan merasa pergerakan angin,berlayar beribu-ribu batu,sehingga sampai ke pantai-pantai Afrika,Teluk Parsi dan Mediteranean.
Tidak mengapa jika anak-anak Melayu pada hari ini memperlekehkan kemampuan nenek moyang mereka,namun dunia masih menyimpan kenangan bagaimana pelaut-pelaut Melayu tekun bertukang membina kapal-kapal,memasang layar dan menyorong kapal ke laut.Ombak dan pantai masih mengingati para pelaut ini menyeka peluh dan membanting tulang melaraskan layar-layar dan kemudi kapal.Angin laut masih rindukan wajah-wajah pengembara Melayu menyongsong ganas ombak dan azab di lautan,kerana angin dan bayu laut inilah teman mereka gembira dan menangis ketika kesepian di tengah-tengah lautan luas.Tidak mengapa anak-anak Melayu mengetawakan para pelaut ini,namun dakwat para pengkaji Barat dan Timur masih hitam lagi membela para pelaut Melayu ini dari kejahilan dan kedunguan anak-anak Melayu yang terjajah mindanya oleh penjajah.
Anda boleh menghayati kenangan kehidupan dari sisi kapal-kapal Melayu dan kehidupan pelaut dengan membaca dua karya tentang perkara ini,iaitu Novel Sukma Angin hasil karya Sasterawan Negara Arena Wati.Novel ini mengisahkan kehebatan kapal layar dagang Melayu terakhir.Satu lagi adalah karya penulis tersohor tanahair,Faisal Tehrani dengan karyanya,Bedar Sukma Bisu.
Jika sekiranya orang Melayu duduk di hutan dan gua-gua sambil bermain dengan monyet dan tupai,sekurang-kurangnya fikirkanlah,bagaimana keturunan Merina di Madagaskar mengaku berasal dari Kepulauan Melayu dan bahasa Malagasy adalah sekelompok dengan bahasa Melayu bukan bahasa Afrika.Para pelaut Melayu telah berlayar sehingga ke Madagaskar dan Afrika menghasilkan raja-raja Dinasti Merina yang telah memerintah Madagaskar sekian lama sehinggalah penjajah Perancis tiba.Kehebatan ilmu pelayaran Melayu yang sanggup belayar hingga ke Afrika ini diabadikan oleh seorang pengkaji sejarah orang Melayu dari Eropah,John Tiffany sebagai “The Viking of the Orient”
Sepatutnya kerajaan Melaka membina kembali kapal Mendam Berahi,bukannya kapal Flor de La Mar malahan kapal Mendam Berahi lebih besar dan hebat dari Flor de La Mar.Flor de La Mar hanya sebagai bukti jiwa Melayu yang terjajah,namun jika anak Melayu hari ini dapat melihat replika Mendam Berahi,betapa mereka nanti akan menyelami kehebatan nenek moyang mereka membina kapal yang sehebat itu.Menyelami sehingga ke sejarah pelayaran Melayu ke Madagaskar,menjadi raja-raja Merina,memerintah suku-suku kaum Afrika di pulau itu.
Satu perkara yang menyentuh jiwa berkenaan raja-raja Merina ini,apabila mereka meninggal dunia,mereka mewasiatkan mayat mereka ditanam di dalam makam berbentuk rumah tradisional Melayu,walaupun kehidupan harian mereka tidak berbeza dengan suku-suku kaum Afrika yang lain.
Artikel ini diakhiri dengan gambar makam diraja Merina di Madagaskar,Afrika..dan hayatilah misteri makam sepi ini,sesepi hati perantau Melayu di bumi asing.
Caption:
The tombs of 19th-century Merina dynasty rulers Queen Rasoherina and King Radama I stand side by side on burial grounds in central Madagascar. The Merina culture descended from that of the original Malay settlers of Madagascar and rose to prominence during the early 19th century. Many Merina rulers, including King Radama I, resisted the initial European presence on Madagascar. Merina rulers fought against colonial expansion until the French takeover of Madagascar in 1896.(Microsoft Encarta 2009)
----------------------
Next...
Alter Terahsia Bangsa Melayu 'X' Edition
The Land of The Gods II
-Siapa penduduk asli Indochina?
-Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian
-Perak Man dan Jawa Man
-Apa yang terjadi di Promised Land beribu tahun dahulu?
-Siapakah Funan?Orang Mon,Khmer atau Melayu?
-Rahsia Borobudur dan Angkor Wat
-Kota Khmer di dasar Tasik Chini
-Sumeria dan Ibrani serta hubungan dengan Melayu Kuno
-Tulisan Purba orang Melayu
-Mengapa Tamadun Purba Melayu jatuh?
-Teori Peradaban
-Teori Kemerosotan
-Rahsia tersembunyi di The Land of The East
-Dewa-dewi di Golden Chersonese
-Nenek Moyang Para Firaun
Semakin dikuak rahsia,semakin tercerna pelbagai misteri!SEmakin diteguk segala ilmu,semakin haus dengan kebenaran!
No comments:
Post a Comment
Hantarkan Komen Anda Di Sini: