PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA BANGI
(NO PENDAFTARAN 0484-06-SEL "14-001(9)" )

///

SEKAPUR SIREH
Daripada YM AYAHANDA CIKGU JOE :

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, selamat datang ke Halaman Rasmi "MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA" (PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA BANGI - PAPIM BANGI ).

Dengan izin Allah SWT dan nawaitu ikhlas dari Ayahanda untuk memimpin ahli-ahli jemaah kearah jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T, untuk meneruskan jihad dan perjuangan suci sunnah RasulAllah, sebagai adik beradik sepejuangan wajib ke atas kita tolong menolong , berkerjasama dan berkorban untuk kebaikan bersama, demi kebajikan dan dakwah marilah kita eratkan siratulrahim sesama kita ahli-ahli sejemaah. KEPADA AHLI JEMAAH YANG INGIN MENYUMBANG UNTUK KEBAJIKAN DAN TABUNG MAJLIS BOLEH BERHUBUNG DENGAN "Kekanda Paduka Ayong ( 012-3130248)" . Segala urusan dan kegunaan wang Tabung dan Sumbangan untuk Jemaah Sakit, masuk hospital, kematian, kemalangan, kesempitan ekonomi/hidup, berkampung, juga di gunakan untuk masjid, surau dan anak-anak yatim. sebarang kutipan duit adik-adik dari abang-abang Long atau untuk tabung Ayahanda tidak akan ada lagi kecuali dengan bersurat bertanda tangan Ayahanda sendiri,sebarang kutipan duit atas nama Ayah, Ayah tidak membenarkan Abang-Abang Long meminta wang dari adik-adik menggunakan nama Ayah. Anakanda boleh berhubung terus dengan Ayahanda atau setiausaha Ayahanda ( Abg Long Asrar (012-4694140) untuk pertanyaan. Ayahanda mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hamba-Hamba Allah S.W.T yang menyumbang atau menderma kepada Tabung Majlis Jemaah Bahtera Samudera (Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia Bangi - PAPIM BANGI ) Semoga Allah SWT memberkati dan memberi rahmat serta di murahkan rezeki kepada Hamba-Hamba Allah yang baik hati dan Dermawan.

Wassalam

( Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe )

Tuesday, September 7, 2010

Huraian bagi persoalan lazim ke atas ahli Fisabilillah (30)

Situasi sebagai ahli fisabilillah hari ini telah melahirkan pelbagai kontroversi yang rata-ratanya ialah kerana maklumat yang disampaikan seringkali di tokok tambah oleh pihak-pihak yang merasakan diri seolah-olahnya tahu dan arif tentang fisabilillah sedangkan mereka sendiri tidak mengerti apa yang tersirat di sebalik fisabilillah itu sendiri.

Seperti pepatah melayu Tak Kenal Maka Tak Cinta.

Fisabilillah ini dikenali sebagai satu badan yang bergerak secara berjemaah bersaksikan kalimah keramat Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah. Dengan memikul tanggungjawab bersama ke arah satu matlamat iaitu berjuang kerana Allah.

Persoalan, mengapa badan fisabilillah ini perlu bergerak secara sulit/rahsia, kenapa ia tidak diperjuangkan secara terbuka sekiranya ia boleh membawa kepada keharmonian sejagat? Berbalik kepada sejarah fisabilillah itu sendiri. Rasulullah S.A.W juga tidak menjadi kan semua umatnya sebagai tentera fisabilillah sebaliknya Rasulullah hanya membaiahkan hanya 313 orang saja untuk tujuan tersebut. Bukan semua orang mempunyai perjalanan hidup yang sama, setiap insan ada perjalanan yang berbeza, hanya mereka yang dibukakan jalan dengan izin Allah, maka jadilah mereka sebagai ahli fisabilillah Begitulah sifat Allah yang Maha Kuasa, berhak memlilih SESIAPA SAJA yang dikehendakiNya untuk berada di jalan ini tanpa bersebab. Sekiranya saudara-saudara yang arif sekalian mempersoalkan tentang fisabilillah maka persoalan lain pula, siapakah yang saudara persoalkan sebenarnya?

Persoalan, bagaimana badan ini mendidik ahli-ahlinya, kerana sering kali hari ini ahli ini terlibat dengan banyak kes keganasan seperti memeras ugut, kegiatan mengutip duit dan banyak lagi aktiviti yang kurang sihat? Bukankah ia bertentangan dengan prinsip sebagai ahli fisabilillah ? Pertama sekali, badan ini tidak pernah pun dalam sejarah membuka sekolah untuk tujuan mendidik. Segala bentuk pedidikan adalah bermula dari rumah. Tiada piagam dalam badan ini yang menyuruh ahli-ahlinya untuk terlibat dalam kegiatan kurang sihat seperti yang dinyatakan. Apa yang saudara lihat hanyalah satu ilusi yang bukan bersifat hakikat. Untuk menjadikan pemahaman saudara lebih mudah dan jelas kami ambil satu analogi untuk menjelaskan maksud tersebut.

ISLAM sebagai Agama Ad Din. Itu kita tidak pernah pertikaikan. Islam menerapkan nilai-nilai murni untuk keharmonian sejagat. Betul! Itu hakikat. Itu juga kita tidak pernah pertikaikan. Islam sebagai cara hidup juga kita tidak pertikaikan. Persoalan, adakah apabila seseorang itu menjadi Islam, atau di kad pengenalan di tulis Agama: Islam akan menjamin bahawa saudara akan sentiasa mengamalkan segala nilai-nilai murni dalam Islam? Jawapannya, tentu tidak. Kerana kita adalah manusia biasa yang fitrahnya membuat kesilapan. Berbaiah sebagai ahli fisabilillah tidak menjadikan seorang itu Nabi/Rasul yang mana terpelihara dari membuat kesilapan. Berbalik kepada dunia Islam, kita lihat dunia di peringkat global, mereka melabelkan orang Islam sebagai apa? Terrorist? Adakah saudara seorang terrorist?

Sedar! Bangkit! wahai saudaraku sekalian, jangan lah kita bertikam sesama sendiri, janganlah kita mendengki dan bermusuhan sesama sendiri, kerana kita semua adalah bersaudara dalam Islam.

Kepada ahli fisabilillah yang masih tidur lena dibuai mimpi indah, bangunlah dari tidurmu. Kita semua perlu bersatu, hari sudah subuh, kita dah kena bangun, laksanakan tanggungjawab! Sudah sampai masanya kita bersama-sama berusaha kearah kejayaan! Kita ini ibarat cubit peha kiri,peha kanan pun terasa. Rajin lah berhubung dengan adik beradik dan bersama-sama lah bergerak membina kejayaan.

Akhir sekali, kami terima emel yang sangat banyak dari mereka yang menyatakan hasrat hati berminat untuk menjadi ahli fisabilillah untuk bersama kami dalam perjuangan ini. Carilah Amir yang berdekatan dengan tempat tinggal anda, minta petunjuk dari Allah, insyaAllah anda akan jumpa.

Kami bukan berjuang kerana ekonomi, kerana perjuangan berasaskan ekonomi /duit adalah satu alat yang boleh memecah belahkan umat Islam apabila sifat tamak merasuk ke dalam diri, bukan kerana untuk mendapat pahala kerana perjuangan ini adalah satu perjuangan berasaskan keikhlasan, bukan juga untuk mendapat syurga kerana syurga atau neraka itu adalah milik mutlak Allah.

KAMI BERJUANG HANYA KERANA ALLAH! SEGALANYA DATANG DARI ALLAH DAN AKAN KEMBALI PADA ALLAH!

1 comment:

Anonymous said...

Salam ukhwah..bnar apa yg sdara tulis..tp sbaiknya jngan la kita mnggunakan nama islam ddalam ptubuhn, psatuan atau kelab kerana jika prtubuhn, persatuan atau kelab yg mnggunakan naman islam td tidak slari dngan ajaran islam atau ahli mreka tidak mngamalkn ajarn islam mungkin akan mnyebabkn islam dpndang serong dan mngkin mnjatuhkn maruah islam..

Post a Comment

Hantarkan Komen Anda Di Sini: