PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA BANGI
(NO PENDAFTARAN 0484-06-SEL "14-001(9)" )

///

SEKAPUR SIREH
Daripada YM AYAHANDA CIKGU JOE :

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, selamat datang ke Halaman Rasmi "MAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA" (PERTUBUHAN AYAHANDA PENASIHAT INSAN MALAYSIA BANGI - PAPIM BANGI ).

Dengan izin Allah SWT dan nawaitu ikhlas dari Ayahanda untuk memimpin ahli-ahli jemaah kearah jalan yang di redhai oleh Allah S.W.T, untuk meneruskan jihad dan perjuangan suci sunnah RasulAllah, sebagai adik beradik sepejuangan wajib ke atas kita tolong menolong , berkerjasama dan berkorban untuk kebaikan bersama, demi kebajikan dan dakwah marilah kita eratkan siratulrahim sesama kita ahli-ahli sejemaah. KEPADA AHLI JEMAAH YANG INGIN MENYUMBANG UNTUK KEBAJIKAN DAN TABUNG MAJLIS BOLEH BERHUBUNG DENGAN "Kekanda Paduka Ayong ( 012-3130248)" . Segala urusan dan kegunaan wang Tabung dan Sumbangan untuk Jemaah Sakit, masuk hospital, kematian, kemalangan, kesempitan ekonomi/hidup, berkampung, juga di gunakan untuk masjid, surau dan anak-anak yatim. sebarang kutipan duit adik-adik dari abang-abang Long atau untuk tabung Ayahanda tidak akan ada lagi kecuali dengan bersurat bertanda tangan Ayahanda sendiri,sebarang kutipan duit atas nama Ayah, Ayah tidak membenarkan Abang-Abang Long meminta wang dari adik-adik menggunakan nama Ayah. Anakanda boleh berhubung terus dengan Ayahanda atau setiausaha Ayahanda ( Abg Long Asrar (012-4694140) untuk pertanyaan. Ayahanda mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hamba-Hamba Allah S.W.T yang menyumbang atau menderma kepada Tabung Majlis Jemaah Bahtera Samudera (Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia Bangi - PAPIM BANGI ) Semoga Allah SWT memberkati dan memberi rahmat serta di murahkan rezeki kepada Hamba-Hamba Allah yang baik hati dan Dermawan.

Wassalam

( Yang Mulia Ayahanda Cikgu Joe )

Sunday, September 19, 2010

The Lost Atlantis (Piramid Dan Keris Melayu di Dasar Laut)

Tahukah anda anak Melayu amat mahir dalam bidang astronomi ?
Tanpa astronomi & matematik, mustahil boleh berlayar di lautan.
Tahukah anda bangsa Melayu mempunyai WONDER nya iaitu Pyramid yang jauh lagi besar dari Pyramid di Bosnia & pyramid di Mesir ???
Tahukah anda pyramid bangsa Melayu telah jauh terkubur di dalam Laut Cina Selatan ???
Untuk membuktikannya, tiada 1 pun anak-anak muda Melayu hari ini yang pernah tahu akan sejarah benar ini. Orang tua-tua yang belajar silat atau pun menteri-menteri luar negara yang dah pencen atau pun yang pernah berkhidmat di luar negara boleh menjawap persoalan ini. Kalau tanya orang Jepun, mereka sendiri pasti boleh mengesahkan kesahihannya. 



Konspirasi Dinar Emas 













Konspirasi Dinar Emas 
Konspirasi Dinar Emas 














.................................................................................................................................................................
Tahukah anda, orang Islam harus belajar ilmu kaji bintang? 1 ilmu yang diwarisi turun temurun oleh anak Melayu kerana hanya dengan ilmu inilah, perjalanan jauh dapat diteorikan jaraknya. Tanpa ilmu astronomi, tak mungkin Melayu hari ini memanfaatkan faedah malam jumaat klewon yang sedia ada dalam kalender rumpun Jawa. Dengan ilmu ini juga anda dapat tahu bilakah pasang surutnya ombak kerana ia ada kaitan dengan pengaruh tarikan graviti bulan. Tanpa ilmu astronomi tak mungkin anda boleh tahu arah kiblat di waktu malam.
Tahukah anda, buruj Orion merupakan 3 bintang di langit yang akan anda melihatnya setiap hari di waktu malam walaupun di mana anda berada di planet bumi ini, buruj orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah bangunan Kaabah ??? Tahukah anda apa itu Kaabah ? Ya, kaabah adalah bangunan 4 segi yang dibina oleh Nabi Ibrahim untuk ibadat umat manusia mengerjakan haji & sebagai simbol perpaduan umat manusia. Tahukah anda, kaabah pula selari dengan 1 garisan di galaksi Bimasakti ini ? Ya, perkara ini jarang diceritakan oleh ulamak, tapi hakikatnya waris bangsa Melayu yang masih mengenangkan tamadun silamnya Pyramid Keturah di laut cina selatan itu sentiasa menghafalnya sebagai asas ilmu. Belum lagi buruj-buruj bintang yang lain yang anda tak tahu fungsinya.
وَعَلَـٰمَـٰتٍ۬‌ۚ وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَہۡتَدُونَ
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
Surah Ke 16
Ayat Ke 16

Konspirasi Dinar EmasKonspirasi Dinar Emas
















No comments:

Post a Comment

Hantarkan Komen Anda Di Sini: